Namakan ‘Sejadah Doa Makbul’, Netizen Dakwa DSV Guna Agama Untuk ‘Marketing’ Percuma

Hiburan

Namakan ‘Sejadah Doa Makbul’, Netizen Dakwa DSV Guna Agama Untuk ‘Marketing’ Percuma

Seperti yang diketahui ramai, usahawan terkenal Dato’ Seri Vida sering kali menggunakan platform media sosial untuk menjalankan perniagaannya dan kali ini beliau mempromosikan sejadah keluaran sendiri dengan menamakan ia sebagai ‘Sejadah Doa Makbul’.

Dato' Seri Vida
3 years ago

"Jual Batu Sungai.." - DSV Kongsi Idea Bisnes Tanpa Modal

Advertisement

Walau bagaimanapun, nama sejadah keluaran DSV itu telah mendapat kritikan orang ramai setelah dia memuat naik hantaran itu di Instagram Story kerana mereka menganggap tindakan yang dilakukan oleh usahawan itu sebagai marketing dengan menggunakan agama.

Terdapat seorang pengguna Twitter memuat naik persoalan tentang nama sejadah tersebut kerana tiada jaminan atau dakwaan bahawa sejadah itu mampu untuk memakbulkan doa seseorang serta menganggap tindakan itu sebagai khurafat.

Twitter komen sejadah DSVSumber : Twitter @H_Bakkaniy  

Sehubungan dengan isu tersebut, rata-rata warganet beranggapan bahawa DSV sengaja menggunakan nama tersebut untuk menarik perhatian orang ramai dan sekaligus menjadi ‘marketing’ percuma buat perniagaannya.

Namun, ada juga yang melabelkan usahawan itu ‘penunggang agama’ kerana telah mengelirukan pembeli susulan penggunaan nama ‘Sejadah Doa Makbul’.

Sejadah Baru Dato' Seri VidaSumber : Twitter  

Dalam pada itu, masih belum ada sebarang respon daripada DSV berkenaan isu tersebut dan beliau masih lagi mempromosikan sejadah itu seperti biasa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.Neti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...