Nama Unik Kini Trending Di Twitter, Elon Musk Pilih Nama ‘X Æ A-12′ Untuk Sambut Kelahiran Anak

Trending

Nama Unik Kini Trending Di Twitter, Elon Musk Pilih Nama ‘X Æ A-12′ Untuk Sambut Kelahiran Anak

Sekiranya anda pengguna tegar Twitter, pastinya anda dapat lihat nama Elon Musk dan ‘X Æ A-12′ kini trending di platform tersebut. Ini kerana Elon Musk baru sahaja selamat menyambut kelahiran cahaya matanya bersama teman wanita, Claire Elise Boucher yang merupakan seorang pemuzik.

Apa yang menarik perhatian adalah nama unik yang dipilih oleh Elon Musk untuk anaknya yang selamat dilahirkan itu. Nama ‘X Æ A-12′ menjadi pilihan pasangan tersebut dan ianya dianggap sangat unik dan lain daripada biasa. Pasangan ini turut tidak memberikan jantina kepada anaknya kerana mahu anaknya memilih sendiri jantina selepas membesar.

Advertisement

Bayi tersebut selamat dilahirkan dengan jantina sebagai bayi lelaki namun pasangan ini memberikan kebebasan kepada anak mereka untuk memilih. Isterinya yang juga dikenali sebagai Grimes menjelaskan maksud di sebalik nama unik yang dipilih oleh mereka.

Grimes menjelaskan maksud nama tersebut sangat berkait rapat dengan sains dan juga filem sci-fi termasuklah turut melambangkan salah satu lagu kesukaannya iaitu Archangel. Elon Musk turut memuatnaik gambar dia bersama anaknya itu selepas mendapat pemintaan orang ramai.


Namun tidak dapat dipastikan sama ada Elon Musk benar-benar meletakkan nama ‘X Æ A-12′ itu untuk anaknya atau ini hanya lah sekadar gurauan semata-mata. Di dalam perkhabaran lain, beliau memberitahu akan memanggil anaknya dengan panggilan Geoff sahaja kerana sudah tentu ianya lebih senang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...