Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nama Turut Terkait, Neelofa Bakal Hubungi Caprice Bagi Minta Penjelasan

neelofa dan noor kartini

Sejak kebelakangan ini, netizen disapa dengan pelbagai dakwaan dan pendedahan berkaitan misi kemanusiaan di Gaza yang melibatkan Caprice, Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri.

Advertisement

Terbaru, Ebit Lew telah mengadakan siaran langsung bagi menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya. Walaubagaimanapun, nama Neelofa serta suami, Muhammad Haris dan ibunya, Noor Kartini juga turut disebut di dalamnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ini kerana Caprice pernah mendakwa bahawa pendakwah berkenaan menyerahkan dokumen perancangan ke Gaza seorang diri walhal sepatutnya namanya, Neelofa dan PU Riz turut ada di dalamnya.

Advertisement

Jawab Ebit Lew,

“Wallahi, saya tak pernah jumpa ketiga-tiga nama ini termasuk Caprice, tak pernah berbincang sekali dengan semua orang ini untuk pergi ke Gaza.”

Malah nama Noor Kartini dikaitkan sebagai penyampai hal tersebut, menurut Caprice.

neelofa dan noor kartini

Mungkin terkejut dengan tuduhan tidak berasas berkenaan, Neelofa dilihat menjawab mengenai dakwaan itu menerusi ruangan komen siaran langsung tersebut selain meminta nama ibunya tidak dikaitkan di dalam hal tersebut.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat. Ini tidak betul. Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas.”

neelofa capriceSumber : Twitter  

Ebit Lew juga sempat membalas komen selebriti wanita itu dan menjelaskan bahawa dia hanya menyampaikan apa yang diketahuinya.

“Baik Neelofa, boleh tanya Caprice sebab dia muat naik tangkap layar. Saya menjawab kenyataan dia. Saya baik sahaja dengan semua orang.”

Sama-sama kita nantikan kemas kini lanjut mengenai isu ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    July 23, 2021 at 4:16 pm

    Nme pun ‘nme’ kena ptik.. Kowg2 ni klu ttbe xtau ape2, ttbe owg tduh kowg.. Ape kowg rse,..? Rse berslh ke, buat2 xtau ke terkjut? Pkai otak la.. Jgn simpn kt lutut

  2. brunes

    July 23, 2021 at 9:15 am

    *slow chanting* saman saman saman saman saman saman saman

  3. rahsia kecantikkan

    July 23, 2021 at 7:35 am

    yela lopak, lepas situ tu jd tknk plak ko bt statement tiber time ebit bt live kau nak mencelah halah halahhhhhh

    • hermmm

      July 23, 2021 at 7:43 am

      kan…sblm ni diam jak bila time UEL buat penjelasan live baru nk muncul menafikan hemmmmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top