Nama Tiada Dalam Top 5 ABPBH34, Undian Awal Zul Ariffin, Remy Dan Zizan Terbatal

Hiburan

Nama Tiada Dalam Top 5 ABPBH34, Undian Awal Zul Ariffin, Remy Dan Zizan Terbatal

Sebelum ini, beberapa selebriti popular tempatan telah menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH 34).

Antara nama yang telah berundur adalah seperti Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak dan juga seorang Youtuber terkenal, Zukie.

Advertisement

BACA: Zul Ariffin Tarik Diri Daripada ABPBH34, Minta Peminat Berehat

Tampil memberi respon mengenai penarikan diri para selebriti itu, Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamsul Azree Shamshir berkata pihaknya sudah dimaklumkan dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Shamsul dalam pada itu memaklumkan bahawa pihak mereka akan memastikan perkara sama tidak berulang untuk edisi yang seterusnya demi memastikan acara tahunan tersebut mampu menyumbang dengan ebih efektif selain dapat memartabatkan lagi industri kreatif tanah air.

Jelasnya lagi, penganjuran ABPBH 34 kali ini dijangka dapat merancakkan kembali industri hiburan tanah air setelah sekian lama menyepi akibat berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Terdahulu, pelawak Zizan telah tersenarai bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Versatil Popular dan kategori online Gandingan Serasi Filem Popular.

Manakala Zul Ariffin dan Remy Ishak pula dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular serta Gandingan Serasi Drama Popular untuk kategori online.

Sehubungan dengan itu, pengelola ABPBH 34 telah mengumumkan bahawa undian yang diperolehi empat calon berkenaan tidak akan dikira sekaligus nama mereka tidak disenaraikan dalam Top 5 kategori berkenaan.

Namun, bagi kategori online, nama artis-artis berkenaan dikekalkan kerana ingin berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya yang dipertandingkan.

Keputusan akhir bagi semua kategori utama dan online bakal diumumkan secara rasmi pada malam kemuncak ABPBH 34 yang dijadualkan berlangsung pada 13 November nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...