Nama Terpalit Lepas Menantu Fail Cerai Terhadap Anaknya, Kazar Kongsi Nasihat – “Jangan Sedih Dan Merungut…”

Hiburan

Nama Terpalit Lepas Menantu Fail Cerai Terhadap Anaknya, Kazar Kongsi Nasihat – “Jangan Sedih Dan Merungut…”

Namanya sedikit sebanyak terpalit selepas menantunya, pengarah Syamsul Yusof dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah terhadap anak perempuannya, Ira Kazar pada Isnin.

Pelakon ‘otai’ Kazar Saisi bagaimanapun tenang mendengar khabar itu dan sempat berkongsi nasihat untuk orang ramai. Katanya, Allah tidak akan memilih dan menguji hambaNya jika Dia tahu individu tersebut tida boleh melalui ujian tersebut.

Advertisement

Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. Jangan bersedih atau merungut

kazar dan ira

Pelakon berusia 68 tahun itu juga berkata dia percaya setiap ujian diberikan oleh Allah SWT itu pasti ada hikmah yang tersendiri untuk orang yang diujiNya.

Allah tahu apa yang terbaik dan dia juga akan berikan kita yang terbaik walaupun mengambil masa lama. Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah.

syamsul dan ira kazar

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Syamsul Yusof hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Isnin sebelum peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Rais mengesahkan pengarah itu memfailkan cerai terhadap isteri, Ira Kazar atas sebab tiada lagi persefahaman.

salina saibi dedah mesej dengan syamsul yusof
4 months ago

Salina Saibi Dedah Mesej Dengan Syamsul Yusof - “Dia Kata Jangan Risau, Dia Okay, Masih Sayangkan Keluarga”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...