Nama Terpalit Kes Cincin Berlian Bernilai Lebih RM3 Juta Hilang Dicuri, Vivy Yusof Bersuara & Beri Respon Ringkas

Trending

Nama Terpalit Kes Cincin Berlian Bernilai Lebih RM3 Juta Hilang Dicuri, Vivy Yusof Bersuara & Beri Respon Ringkas

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof terpalit dengan kes kehilangan sebentuk cincin berlian bernilai lebih AS$800,000 (RM3.73 juta). Mak aih banyak tu!

Terdahulu, tular satu laporan daripada akhbar Perancis tentang cincin berlian milik seorang ahli perniagaan dari Malaysia didakwa telah dicuri di sebuah hotel di Paris.

Advertisement

Berita itu menimbulkan tanda tanya ramai warganet yang mempersoalkan siapakah gerangan pemilik cincin berlian yang berasal dari negara ini.

Entah bagaimana, secara rawak nama Vivy Yusof dipetik dan menyebabkan tersebarnya dakwaan tersebut selepas ada yang memberikan komen di media sosial.

vivy yusof cincin

Daripada TikTok sehinggalah ke Instagram malah ada individu terus bertanya kepada Vivy sendiri di bahagian komen sama ada benar dakwaan itu.

Saya peminat awak. Saya tertanya-tanya, adakah awak mangsa kehilangan cincin bernilai 800 ribu USD di Paris.

vivy yusof

Vivy Yusof yang tahu dirinya menjadi sebutan warganet disebabkan kes tersebut tidak berdiam diri namun sempat memuat naik gambar dan memberikan responnya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berseloroh dengan pengikutnya di Instagram dan menulis ringkas memaklumkan dia kini berada di Penang, bukan di Paris.

vivy yusof

Sementara itu, pihak hotel mewah di Paris itu dikatakan menawarkan penginapan percuma selama tiga malam kepada usahawan wanita tersebut dan kemudian memaklumkan mereka menemui cincin berkenaan di dalam beg vacuum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...