Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.

tengku cleopatra haidar

Advertisement

Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-

Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita.

tengku cleopatra
Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-

Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama.

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi sesiapa yang mempersoalkan hal ini lagi di masa hadapan. Tak sabar rasanya nak melihat kecomelan Tengku Cleopatra Haidar yang bakal ditunjukkan di dalam majlis cukur jambul dalam bulan Syawal ini. Confirm cute mute punya.

P.S: Super Kampung Style – parody terbaik Oppa Gangnam Style.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

123 Comments

  1. insan_yang_tak_sempurna

    August 31, 2012 at 8:30 am

    nama nie ade yang baik dan ada yg xbaik.terpulang pd orang yg memberinya..nak memberi nama pd anak nie satu perkara yang boleh dikatakan penting.kerana ssuatu perkara ataupun sikap sseorang kadang kala merujuk pada nama.dengan nama tersebut lah akan disebut dan dipanggil oleh Allah.wallahuallam :)

  2. nik

    August 31, 2012 at 1:39 am

    nnt time anak die sekolah, kawan2 ejek nama die ratu firaun, cmner??

  3. nurul fatin najwa

    August 30, 2012 at 9:56 pm

    kata lebih2 kang kata kita berfikiran sempit . hm , kalau ada nama nur ke bukan ke indah untuk seorang anak perempuan ? kalau kami berfikiran sempit , kau tu cetek pengetahuan agama . ups :)

  4. 5daysofMC

    August 30, 2012 at 8:28 pm

    hmmm… lebih elok klau nama anak tu selain cleopatra(terkejut gak knplah nama ni), tp betul jgk nama bukan penentu segala galanya buat anak. ibu bapa yang mendidik mereka menjadi manusia yg baik. nanti bila baby tu dah besar and realize nama dia x elok, insyaAllah she will change her name to something else, kepada nama yg lebih baik. Kat Malaysia boleh kan tukar nama.

  5. Anonymous

    August 30, 2012 at 4:43 pm

    Cleopatra eja jawi macam ni kaf lam ya wau pa ta ra alif, kalau tak silap lah sebab dia tulisan jawi bukan arab. kalau tulis kot arab tak tau lah pulak

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top