August 28th, 2012

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.

tengku cleopatra haidar

Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-

Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita.

tengku cleopatra
Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-

Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama.

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi sesiapa yang mempersoalkan hal ini lagi di masa hadapan. Tak sabar rasanya nak melihat kecomelan Tengku Cleopatra Haidar yang bakal ditunjukkan di dalam majlis cukur jambul dalam bulan Syawal ini. Confirm cute mute punya.

P.S: Super Kampung Style – parody terbaik Oppa Gangnam Style.


123 responses to “Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar”

  1. usin says:

    Cleopatra Ptolemy VII (atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator -????????? — Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM) dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony).

  2. retis murahan says:

    mcm joker je muke bini die ni…buh la name para sahabat serta keluarga nabi muhammad s.a.w ke…nt kat akhirat,dpt jgk saham~

  3. kepochi says:

    tak tahu Cleopatra tu nama ratu Firaun?? sad case. mak bapak cleopatra ni kena banyak membaca. kang anak ke 3 di letak pulak namaTengku Hatshepsut haidar pulok. beware la mak pak cleopatra oiii. nama tu penting. ish ish ishhh

  4. Jackal01 says:

    Kepada sume yg pk letak name cleopatra tu xsalah…bace ni btul2….pahamkm….terutama mina n geng yg kate “knape mesti bahasa arab je kire name islam”

    Bahasa syurga bahasa ape? Bahasa arab….celah dunia mane pun quran tetap bahasa arab..ditranslate utk bangsa msg2 phm…..kalau x nape korg xngaji ke smbhyg ke sebut yg translate je? Ade sbb….sbb bahase2 lain kt dunia ni ciptaan manusia….xsempurna….lain bangsa lain makne kadang2….bahasa arab je bahasa terpelihara kt mane pun tetap 1 makne….jd ape kes name anak cleopatra ni? Bukan ape2 kte kene rujuk org agama yg lebih arif…tu yg diajar islam…utk elak bende2 gle mcm ni la…..yg ade tu kate ade je arab name susan….mmg ade…islamke die?….arab pun ade non muslim…tolong peka sket bende tu….jgn main nk bg statement je…..ape pun….islam n nabi pun dh anjurkan ribuan name2 baik dlm islam yg bleh dipakai…hidup sebagai org islam dlm dunia islam ikut ajaran islam n makne dlm islamla…..sibuk bahase greek ape hal?sibuk kate yg penting anak sy islam n didikan islam die beri yg akn bentuk anak die islam…bukan namenye…then buat ape letak namecm tu?ape2 pun…confident ke anak terdidik dgn baik? Didik la bini tu dulu….lurah duk terdedah sane sini…ade hati duk ckp mcm btul2 dlm landsdan islam….buat org bukan islam pk ooo kire pakai mcm ni tp ckp pasal islam beriya kire xsalahla kot pakai mcm ni….ntah ape2….akhir zaman…

  5. elin says:

    Minta pendapat ustaz2 yg lebih arif dalam hal ini

Loading...