Nama Tengah ‘Panas’ Menjadi Bualan, Ruhainies Sempat Pula Kongsi IG ‘Story’ Aliff Aziz Tengah Menyanyi

Hiburan

Nama Tengah ‘Panas’ Menjadi Bualan, Ruhainies Sempat Pula Kongsi IG ‘Story’ Aliff Aziz Tengah Menyanyi

Meskipun belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung kes tangkap khalwat bersama Aliff Aziz, namun nama aktres Ruhainies menjadi bualan hangat sejak pagi ini.

 

Advertisement

Provoke ke?

Bagaikan tiada apa berlaku, Ruhainies malah dilihat sempat mengemas kini Instagram story dan seolah-olah melakukan provokasi apabila video itu mempamerkan Aliff Aziz yang sedang menyanyi.

Menerusi rakaman itu, Aliff yang sedang memakai kemeja berwarna maroon dilihat menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta nyanyian asal Iklim di set penggambaran bersama kru yang lain.

Ruhainies yang berada di depannya kedengaran ketawa kecil sambil merakamkan aksi Aliff dan yang lain sedang menyanyikan lagu tersebut.

Terdahulu, beberapa jam sebelum berita penangkapan mereka, Ruhainies juga ada memuat naik video di Instagram story mempamerkan Aliff Aziz memayunginya dengan payung dipercayai di set penggambaran.

aliff aziz

2 months ago

Didi Astillah 'Upload' Video Mesra Bella & Ruhainies, Netizen - "Jahatnya Dia, Berkawan Tapi Tikam Belakang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...