Nama Syarikat Terpalit Isu Guna Berus Babi, Sin Sing Coffee Buat Penafian

Kehidupan

Nama Syarikat Terpalit Isu Guna Berus Babi, Sin Sing Coffee Buat Penafian

Syarikat kopi tempatan, Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. tampil menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan produk mereka dengan penggunaan peralatan pembersihan tidak mematuhi piawaian halal.

Menurut kenyataan rasmi di laman media sosial syarikat, pihak pengurusan menegaskan bahawa maklumat serta gambar yang tersebar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan operasi sebenar mereka.

Advertisement
berus babiSumber : Berita Harian  

Persekitaran dan peralatan yang dipaparkan dalam perkongsian tersebut juga bukan gambaran kilang pengeluaran Sin Sing Coffee.

Sebagai penjelasan, syarikat itu memaklumkan bahawa mereka hanya menumpukan kepada pengeluaran produk kopi dan tidak menghasilkan produk biskut seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Dalam masa sama, syarikat berkenaan memberi jaminan bahawa semua proses pengeluaran dikawal selia dengan ketat serta mematuhi piawaian pensijilan Halal Malaysia yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

sijil halal

Status halal produk mereka juga masih sah dan boleh disemak melalui portal rasmi Halal Malaysia.

Sin Sing Coffee yang telah beroperasi lebih 67 tahun turut menegaskan komitmen berterusan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi serta mengekalkan standard kebersihan yang tinggi.

Sehubungan itu, pihak syarikat menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat tidak sahih dan sentiasa menyemak sumber sebelum menyebarkan sebarang dakwaan bagi mengelakkan kekeliruan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-02 13:09:52

BNM Pertimbang Klausa ‘No Look-Back’ Dalam Pelan MHIT Asas, Lindungi Hak Pesakit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...