Umum mengetahui, anak perempuan pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering kali mencetuskan kontroversi hingga menjadi perhatian ramai.
Sedar anak perempuan sering dikecam ramai susulan ‘perangainya’, Azhar Sulaiman mengakui nama turut menjadi perhatian kerana kontrovesi yang tercetus.
Menurut pelakon terbabit dalam temu bual bersama Buletin FM, dia memberitahu terima banyak tawaran sejak kebelakangan ini.
View this post on Instagram
Saya kena berterima kasih pada anak saya Leona. Dia punya fasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot. Rezeki.
Bapa kepada Leona ini juga memberitahu kebanyakkan tawaran yang diterima olehnya adalah melalui media sosial dan luahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima.
Sekadar info, Kasih Iris Leona selalu menjadi bahan kecaman netizen kerana cara pemakaian dianggap keterlaluan sebagai umat Islam dan tingkah laku ‘mengundang’ di platform TikTok.