“Nama Sama Ejaan je Lain”- Bisnes Baru Sharifah Rose ‘Ciplak’ Jenama Tempatan?

Hiburan

“Nama Sama Ejaan je Lain”- Bisnes Baru Sharifah Rose ‘Ciplak’ Jenama Tempatan?

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Rose memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya dan mengumumkan tentang perniagaan barunya yang diberi nama Sekuntum.

Namun, menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang usahawan dan pemilik jenama tempatan Sekuntom telah meluahkan rasa kecewa apabila nama dan konsepnya seakan-akan hampir sama dengan jenama baru yang bakal dikeluarkan oleh Instafamous itu.

Advertisement

Menurut usahawan itu, nama yang digunakan oleh jenama Sharifah Rose memang sama dengan jenamanya tetapi hanya ditukar ejaan sahaja. Tak cukup dengan itu, logo mereka pun dilihat seakan-akan sama menggunakan tiga kelopak bunga.

sekuntum

Selamba artis keluarkan. Bila nama brand hampir sama, customer pun konfius. Akhirnya picisan ni tertindas.

Meninjau diruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan pelakon itu dan meminta penjelasan daripada pihaknya berikutan isu ini.

“Memang tak reti bisnes eh sampai nak copy nama bisnes orang lain. Letaklah nama bunga ke, lepastu logo tu buatlah bentuk lain,” tulis pengguna Twitter.

“Tak baik buat macam ni. You patutnya influence benda baik. Ni apa ni ciplak small business? sebijik sebijik pulak tu you ambil idea diorang? please la,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

3 years ago

"Ada Fakta Tak Betul" - Ali Puteh Akan Buat Rayuan Mahkamah Batalkan Kemenangan Nor Hidayah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...