Nama Pelakon Lelaki Kena ‘Petik’ Isu ‘Yeye’ Dalam Kem Pegawai – “Tak Payah La DM, Set*n Betul..”

Hiburan

Nama Pelakon Lelaki Kena ‘Petik’ Isu ‘Yeye’ Dalam Kem Pegawai – “Tak Payah La DM, Set*n Betul..”

Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan pendedahan mengenai dakwaan wujudnya budaya gelap dalam dunia ketenteraan, melibatkan persundalan wanita yang dikenali sebagai ‘yeye’ dan didakwa menjadi pemuas nafsu segelintir pegawai tentera di dalam kem.

Isu yang tular itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan dan kebimbangan orang ramai, malah turut memberikan tempias kepada pelakon Taufiq Hanafi, yang dikenali menerusi filem aksi ketenteraan PASKAL The Movie.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, Taufiq tampil menjelaskan bahawa dirinya hanyalah seorang pelakon yang membawakan watak dalam filem ketenteraan dan bukannya anggota tentera sebenar, susulan dia mula disoal netizen berhubung isu ‘yeye’ yang hangat diperkatakan.

Taufiq hanafi yeye

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi yang menimpa Taufiq, malah ada yang mengambil kesempatan berkongsi pengalaman dan pendedahan berkaitan budaya ‘yeye’ yang didakwa telah lama wujud.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Yeye tu wujud berzaman…sejak arwah suami kiter pegawai junior kpl 1093883 kor KPA logistik ATM kem Wardie burn setapak…Pegawai senior nya paling kuat yeye..dan arwah SABAR melayan kerenah pegawai nya ..sehingga absence THTC. Gejala yeye ni tak dapat dibendung lagi .”

“Penatkan, susah-susah buat filem nak naikkan darjat. Pelakon pulak kena berlakon siang malam ke pagi. Sekali yang jatuhkannya, ‘dorang’ jugak. I said what i said.”

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice turut membuat pendedahan berani selepas menerima maklumat daripada beberapa individu mengenai dakwaan budaya ‘yeye’ dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sekali gus mengejutkan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman Hakim
2026-01-06 12:42:32

"Aku Bagi 'First & Last Warning', Jangan Cuba Nak Masuk Campur" - Norman Hakim Bersuara Isu Nafkah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...