Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Nama Pangkal Huruf A..” Ahmad Idham Dedah Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu

ahmad idham

‘Kantoi’ menggunakan gelaran Datuk palsu, pengarah Ahmad Idham mendakwa seorang individu telah menggunakan gelaran palsu tersebut untuk kepentingan peribadi.

Advertisement

Tindakan pengarah tersebut yang melakukan siasatan itu tidak lain tidak bukan untuk memberi kesedaran kepada individu tersebut bahawa penipuan yang sedang dilakukannya kini itu merupakan perkara yang amat serius dan memalukan.

Menurutnya lagi, individu tersebut merupakan kenalan yang dikenalinya secara peribadi. Beliau mendakwa telah mengetahui mengenai perkara itu tetapi semakin lama telah menjadi semakin serius.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Atas nasihat sahabat demi utk mencari dan menegakkan kebenaran maka inilah hasil cariannya. Amat mengejutkan dan memalukan keluarga. Rupanya selama ini hanyalah palsu gelaran itu. Maaf, saya hilang kata kata buat masa ini..

A post shared by ???? ???? (@ahmad_idham) on

Mengimbas kembali, Ahmad Idham telah memuat naik tangkap layar skrin yang memaparkan status Datuk yang tidak dijumpai dengan carian individu bermula dengan huruf A di sebuah portal.

“Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya,”

Advertisement

Pelakon serta pengarah yang memang terkenal dengan siri Spanar Jaya ini mengakui telah menegur individu tersebut secara ‘berlapik’ dan mengingatkan bahawa pembohongan tersebut boleh terbongkar bila-bila masa sahaja.

Dengan kecanggihan teknologi ketika ini, segalanya berada di hujung jari. Beliau turut mengingatkan bahawa penipuan seperti ini adalah sebuah perlakuan jenayah dan akan memudaratkan diri sendiri.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk membongkarkan perkara ini jika keadaan sudah melampaui batas. Bagi Ahmad Idham, bukan niatnya untuk mengaibkan sesiapa tapi hanya menggunakan kuasa media untuk mengingatkan orang ramai bahawa isu ini adalah serius dan bukan perkara main-main.

Sumber: mStar online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top