Nama Palestin Didakwa Telah Dipadamkan Dari Google dan Apple Maps

Trending

Nama Palestin Didakwa Telah Dipadamkan Dari Google dan Apple Maps

Google kini mendapat kecaman netizen apabila didakwa telah memadamkan nama negara Palestin dalam aplikasi Google Maps milik syarikatnya. Netizen turut mempertikaikan tindakan syarikat itu yang sebaliknya telah mengekalkan nama negara Israel yang diketahui dalam sejarah telah menjajah bumi Palsetin sejak puluhan tahun.

Paparan di Google Maps yang dikongsikan oleh beberapa individu jelas menunjukkan nama Palestin telah dilenyapkan, dan hanya tertera Jerusalem (Baitulmaqdis) dan Gaza.

Advertisement

Difahamkan selain Google Maps, Apple Maps juga turut melakukan perkara yang sama dengan tidak memasukkan nama Palestin pada peta mereka.

Sebelum ini, pihak Google pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan nama Palestin sememangnya tidak pernah tertera dalam Google Maps.

Palestin diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya sebagai negara merdeka. Namun Amerika Syarikat di mana terletaknya ibu pejabat Apple dan Google mengatakan sebaliknya.

Tindakan memadamkan nama Palestin itu dikatakan secara kebetulan berlaku selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di daerah Tebing Barat.

Pengisytiharan tersebut telah mencetuskan kecaman masyarakat dunia dan menggelarnya  sebagai ‘pelanggaran hak asasi manusia’.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...