Misi Rakyat ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibiayai oleh sumbangan daripada individu, perniagaan dan dibantu oleh sukarelawan.
Difahamkan, ianya bertujuan untuk membantu orang yang memerlukan dan mewujudkan peluang ekonomi untuk rakyat Malaysia.
Namun baru-baru ini, laman web Misi Rakyat didakwa digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab atau scammer.
Pengasas Misi Rakyat iaitu Nur Ahmad Faiz memaklumkan pihaknya sudah pun menemui penggodam yang menyerang aplikasi tersebut.
Malah, Faiz turut meminta orang ramai agar memberi sedikit masa untuk pihaknya memulihkan semula aplikasi tersebut.
Jam 8.44 pagi buka browser dekat phone.
Cuba buka https://t.co/evyspZPbDU
Ehhh boleh bukak, dah tak kena hacked ke?
Tapi kalau buka App Misi dekat phone.
Katanya sedang dalam penyelengaraan.
Kot yew pon selenggara sekali page Misi Farms.
Kasi cuci semua, baru nampak… pic.twitter.com/nTT2dUfmvC
— Coach Khairul | GigVenture ? (@khairul01ikhwan) July 3, 2023
Difahamkan, kesemua data pengguna aplikasi seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, email, password, dan banyak lagi dipercayai telah bocor.
Bagaimanapun, pihak Misi Rakyat memaklumkan mereka telah berjaya mendapatkan semula kesemua 535,184 butiran pengguna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.