Nama Merdeka Beri Tuah Kepada Lelaki Ini

Trending

Nama Merdeka Beri Tuah Kepada Lelaki Ini

Seorang nelayan di Penaga yang bernama, Mohd Merdeka Ismail berkongsi kisahnya yang mempunyai tuah kerana dinamakan sedemikian.Mohd Merdeka yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957, sebelum ini berasa malu dengan namanya dan sering menjadi ejeken kawan-kawan sekolah.

Namun, berbeza kini kerana sebuah kedai kopi di Kampung Simpang Tiga, Penaga sini telah memberikan keistimewaan khas kepadanya.

Advertisement

Dia menceritakan pada minggu lalu, pemilik kedai kopi itu memberitahu berita baik kepadanya bahawa dia boleh makan dan minum secara percuma di kedai itu pada bulan Ogos, dengan hanya menyebut namanya sebanyak tiga kali.

“Mula-mula saya ingat pemilik kedai kopi itu hanya bergurau, tetapi selepas saya menyebut Merdeka…Merdeka…Merdeka. Pemilik kedai itu pun minta saya order apa sahaja, dia akan belanja.”

Tuah nama Mohd Merdeka

Mohd Merdeka turut berkongsi bahawa perkara itu bukanlah satu-satunya perkara istimewa yang pernah berlaku pada dirinya. Namanya itu, turut pernah memberinya peluang menjejakkan kaki ke Istana Negara, Kuala Lumpur apabila dijemput Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin, pada 2007 melalui Himpunan Anak-Anak Merdeka di seluruh negara.

Menceritakan kembali kenangan manis bergelar anak merdeka ditambah lagi perkataan merdeka itu diberkan padanya, Mohd Merdeka berkata namanya itu diberikan oleh bidan kampung yang menyambut kelahirannya pada 7 pagi di Tasek Gelugor. Sejak itu nama tersebut telah menyebabkan dia kerap mendapat habuan istimewa.

“Ramai yang tidak tahu nama itu telah menjadikan saya seperti seorang yang terkenal umpama selebriti dalam kalangan penduduk kampung sini dan juga pernah beberapa kali dijemput untuk hadir ke majlis sambutan ambang kemerdekaan.”

Bapa kepada seorang anak perempuan itu juga berkata, nama ini membuatkan semangat cintakan negara menjadi lebih utuh dan berharap keharmonian yang dicapai dapat dirasai sampai bila-bila.

Dia berkata anaknya, Izzatul Nabila, pada mula juga berasa malu dengan nama ayahnya, yang dianggap pelik oleh kawan-kawan sekolah dan sering dijadikan bahan gurauan.

Namun lama-kelamaan Mohd Merdeka berkata, anaknya kini berasa bangga dengan nama itu kerana ayahnya memiliki nama yang serupa dengan hari kemerdekaan negara.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...