Pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae menerima kecaman daripada dua orang individu mengenai cara mereka membesarkan anak.
Menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook milik pempengaruh itu, ia memaparkan anak mereka, Rina menikmati masakan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki.
Menerusi ruangan komen, individu terbabit mempertikai mengapa Rina tidak dihidangkan dengan masakan Melayu.
Susulan itu, Ryzal tampil membalas komen-komen tersebut dengan menyindir mereka.
Rata-rata netizen yang lain menyokong pempengaruh tersebut kerana mereka berpendapat wajarlah anak mereka diberikan makanan tersebut kerana ibunya merupakan orang Korea.