Nama Kena ‘Petik’, Puteri Sarah Bengang Dengan Suami ‘Influencer’ Sendu – “Nak Tumpang Glamour Ke Bro?”

Hiburan

Nama Kena ‘Petik’, Puteri Sarah Bengang Dengan Suami ‘Influencer’ Sendu – “Nak Tumpang Glamour Ke Bro?”

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bengang dengan sikap seorang lelaki dipercayai bekas suami kepada seorang pempengaruh yang diceraikan setelah lapan hari mendirikan rumah tangga.

Menurut aktres itu, dia mendakwa dirinya telah diganggu oleh bekas suami ‘influencer’ itu.

Advertisement

Dalam satu hantaran Instagram Story yang dibuat Sarah, dia merasa kesal kerana lelaki berkenaan telah mengaitkan dirinya dalam kemelut rumah tangga mereka.

Malah, ujar Sarah, dia langsung tidak mengenali lelaki itu dan menganggap individu itu ingin menumpang populariti semata-mata.

Puteri SarahSumber : Instagram  

Siapa lelaki ni? Aku langsung tak kenal kau tapi daripada bekas isteri kau, yang aku tahu kau seorang lelaki yang narsistik. Kau ada masalah dengan bekas isteri kau then kaitkan dengan aku. Nak tumpang glamor ke bro?

Isteri pertama kepada Syamsul Yusof itu juga memberitahu bahawa dia tidak teragak-agak untuk memfailkan saman kerana telah mengaitkan namanya dalam konflik itu.

Terdahulu, kisah seorang pensohor yang dikenali sebagai Elcah menjadi tular gara-gara dia diceraikan setelah lapan hari bernikah.

Elcah pernah berkahwin kali pertama namun bercerai tujuh tahun kemudian namun perkahwinan kali kedua ini turut gagal dipercayai berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

2 years ago

Baru 8 Hari Kahwin, 'Influencer' Dedah Punca Bercerai - "Kau Tahu Apa Kau Buat Dengan Perempuan Tu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...