Pelakon cantik Tiz Zaqyah tidak menyangka namanya tersenarai dalam artis yang terlibat dalam aktiviti pelacuran kelas atasan yang sebelum ini kecoh seketika dalam industri seni.
Tiz Zaqyah walau bagaimanapun menyifatkan tuduhan itu sangat keterlaluan dan melampau namun tidak bimbang sama sekali kerana tidak pernah terjerumus dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan.
Pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, turut meluahkan rasa aneh kerana tiba-tiba sahaja namanya ‘dipetik’ dalam senarai tersebut.
View this post on Instagram
“Sumpah tak ada (tidak terlibat)..nauzubillah nama saya pun tersenarai? Kenapa mereka petik nama saya? Tapi saya tak bimbang sebab kawan-kawan kenal saya ni macam mana..saya dah stabil dalam bidang (hiburan) ni. Saya ada kawan, mereka tahu cerita sebenar.”
Dia yang ditemui media di set penggambaran Diva Popular di Ampang, Selangor mengakui tidak terkejut dengan dakwaan skandal seks membabitkan selebriti kerana ia sering dilaporkan media.
Menganggap ianya mungkin cara sesetengah orang mencari duit dalam dunia penuh mencabar, Tiz Zaqyah menegaskan bahawa dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana skandal seks golongan kelas atasan yang semakin hangat dibicarakan kini.
View this post on Instagram
Terdahulu, media tempatan ada melaporkan terdapat selebriti wanita dan influencer terkenal telah menawarkan perkhidmatan menjual tubuh demi kesenangan hidup. Difahamkan golongan ini pernah mengenakan bayaran perkhidmatan sehingga RM30,000 untuk satu malam.