Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Nama Itu Satu Doa..” – Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedah Masih Belum Pilih Nama Anak

ayda jebat

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta suaminya, Nabil Mahir mendedahkan bahawa masih belum mempunyai nama buat puteri sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Advertisement

Bagaimanapun, pasangan selebriti tersebut telah pun mempunyai beberapa nama yang difikirkan bersama dan mengharapkan nama yang dipilih itu akan membentuk sahsiah diri yang baik buat puteri mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksud termasuk nama samaran itu.. biarlah yang baik.

Advertisement

Ayda dan Nabil ditemui pada sesi pengumuman jantina bayi yang dilangsungkan secara atas talian, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut memberitahu bahawa keluarga tidak tahu dari peringkat awal mengenai jantina anak yang dikandungan olehnya itu.

Sedia maklum, penyanyi lagu Mata itu akan melahirkan anak sulungnya pada 8 Oktober akan datang, namun atas kerana memilih untuk bersalin secara pembedahan, beliau akan melahirkan anak dua minggu awal daripada tarikh jangkaan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top