Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat serta suaminya, Nabil Mahir mendedahkan bahawa masih belum mempunyai nama buat puteri sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pasangan selebriti tersebut telah pun mempunyai beberapa nama yang difikirkan bersama dan mengharapkan nama yang dipilih itu akan membentuk sahsiah diri yang baik buat puteri mereka.
View this post on Instagram
Nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksud termasuk nama samaran itu.. biarlah yang baik.
Ayda dan Nabil ditemui pada sesi pengumuman jantina bayi yang dilangsungkan secara atas talian, baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut memberitahu bahawa keluarga tidak tahu dari peringkat awal mengenai jantina anak yang dikandungan olehnya itu.
Sedia maklum, penyanyi lagu Mata itu akan melahirkan anak sulungnya pada 8 Oktober akan datang, namun atas kerana memilih untuk bersalin secara pembedahan, beliau akan melahirkan anak dua minggu awal daripada tarikh jangkaan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.