Baru-baru ini, nama isteri kepada aktor Riezman Khuzaimi iaitu Datuk Azie telah disebut oleh warganet sebagai pengusaha produk yang didakwa menghantar sihir kepada usahawan, Kak Ton.
Aktor itu tampil memberi respon dan berkata dia mengambil pendirian untuk tidak ambil pusing berkenaan hal itu dan berkata tuduhan dilemparkan adalah hanya komen liar daripada netizen.
Dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Mereka tidak tahu pun cerita sebenar tapi ‘main tembak’ saja. Saya juga banyak belajar daripada isteri sebab dia terlalu positif dan tidak termakan dengan komen-komen negatif netizen. Benda ini adalah penyakit ain yang orang suka terikut dan saya tak peduli pun komen macam itu.
Riezman juga berkata dia enggan membuang masa untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu dan akui banyak belajar daripada isteri untuk tidak cepat melenting.
Kalau dulu, saya mudah ‘koyak’ tapi sekarang, isteri sudah banyak mengajar saya jangan ‘koyak’ dan menggunakan teknik psikologi berbalik atau ‘reverse psychology’ dengan komen negatif netizen.
@sembangseram Allahu 8 tahun tu lama weyy. Moga kita dijauhkan dari benda-benda camni 😭 #kakton #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram ♬ original sound – sembangseram
Terdahulu, Kak Ton telah mendedahkan bahawa seorang pengasas produk didakwa pernah menggunakan ilmu hitam untuk mengganggunya.
Menerusi podcast Sembang Seram itu, ramai menulis komen dan memetik nama Datuk Azie sebagai usahawan yang dimaksudkan oleh Kak Ton.