“Nama Haneesya Hanee Orang Kenal Sebagai Gadis Jahat, Liar & Confirm Masuk Neraka” – Syarifah Haneesya

Hiburan

“Nama Haneesya Hanee Orang Kenal Sebagai Gadis Jahat, Liar & Confirm Masuk Neraka” – Syarifah Haneesya

Baru-baru ini, pelakon Haneesya Hanee telah membuat keputusan untuk menggunakan nama asalnya, Syarifah Haneesya selepas sekian lama mengguna Haneesya Hanee sebagai nama di dalam industri seni.

Terima nasihat ibu, mulakan hidup baru

Sewaktu ditemubual oleh pihak media, Haneesya membuat keputusan tersebut selepas menerima nasihat daripada ibunya yang menyarankan agar dia kembali mengguna nama keluarga.

Advertisement

Mami yang cakap, nak tak pakai balik nama tu? Kadang-kadang orang kata ada nama yang kita tak boleh nak carry. Bila mak dah sebut, saya anggap itu hint daripada Allah. Saya solat, fikir betul-betul akhirnya saya nekad tukar.

Syarifah haneesya

Pada awalnya aktres tersebut mengakui berasa bimbang kerana ramai sudah mengenalinya dengan nama Haneesya Hanee tetapi selepas buat perubahan, hidupnya makin tenang.

Tak guna nama keluarga sebelum ini sebab..

Hal yang lebih menyedihkan, Haneesya sebelum ini tidak pernah menggunakan nama keluarga kerana hubungannya dengan ayah yang tidak pernah membesarkannya.

Jadi saya rasa macam, buat apa aku nak kena naikkan nama famili orang ni? Baik aku fokus je nama yang mak aku bagi. So my mom bagi nama Haneesya.

Syarifah haneesya

“Nama ‘Haneesya Hanee’ orang kenal sebagai gadis jahat, nakal, masuk neraka”

Dalam pada itu, aktres tersebut juga tidak menafikan bahawa nama Haneesya Hanee membawa kenangan pahit dalam hidupnya.

Nama Hanesya Hanee orang kenal sebagai gadis jahat, nakal, liar, yang buat dosa dan confirm masuk neraka. Semua yang buruk tu ada pada Haneesya Hanee. Apa pun yang saya buat, orang tetap tak nampak.

haneesya hanee tukar nama
2025-09-08 10:23:27

Haneesya Hanee Tukar Nama - "Harap Lebih Banyak Perkara Baik Berlaku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...