Nama Disenaraikan Atau Tidak? Ini Langkah “Simple” Nak Dapatkan Laporan CCRIS, Ikut Jer. Sungguh Mudah!

Trending

Nama Disenaraikan Atau Tidak? Ini Langkah “Simple” Nak Dapatkan Laporan CCRIS, Ikut Jer. Sungguh Mudah!

Semua dah tahu status kewangan sangatlah penting terutamanya sewaktu nak memohon pinjaman bank terutama yang pertama kali nak buat permohonan. Kegagalan dalam laporan CCRIS mengakibatkan pinjaman sukar nak dibuat.

Advertisement

Namun begitu, masih ada juga yang tak berapa pasti samaada nama telah pun tersenarai dalam CCRIS, dan ingin membuat semakan, tetapi mempunyai kekangan seperti jauh dari cawangan Bank Negara Malaysia (BNM), atau pejabat AKPK, anda tidak perlu risau. Ini kerana, anda boleh mendapatkan laporan CCRIS secara atas talian sahaja. Ingin tahu bagaimana? Jom kita baca!

Tiga Langkah Mudah Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Di Atas Talian Secara Percuma

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit atau pinjaman peribadi.

Laporan CCRIS hanya memaparkan tempoh masa pembayaran 12 bulan yang lepas. Jadi, jika ada satu bulan yang kau orang terlepas bayar, kena cepat-cepat bayar supaya laporan CCRIS kau orang suci bersih dan ada nombor 0 sahaja. Ia bererti tiada tunggakan bayaran.Kalau ada nombor 2 bererti 2 bulan la kau orang terlepas bayar.

Bayaran balik mestilah dengan jumlah yang tepat dan pada masa yang ditetapkan mengikut surat perjanjian.

Penting ada laporan CCRIS ini untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di semua cawangan Bank Negara Malaysia.

Kepada yang jauh dengan cawangan BNM atau pejabat AKPK, kau orang boleh semak laporan CCRIS menggunakan emel sahaja. Mudah dan cepat. Percuma pulak tu.

Dekat tempat gua takde cawangan BNM. Jadi, gua buat guna emel. Gua hantar permohonan lengkap pada 8 April 2016 dan dapat laporan pada 12 April 2016.

Kau orang boleh gunakan cara ini untuk jimatkan masa, kos bayar parking kereta, jimat petrol lagi percuma. Share juga kepada kawan-kawan kau orang supaya sama-sama tahu tentang hal ehwal laporan CCRIS.

1. Download borang permohonan di:
http://creditbureau.bnm.gov.my/BMdownload.html

2. Scan 

Kad pengenalan (depan belakang dengan jelas). Scan juga 2 (DUA) jenis dokumen sokongan yang membuktikan permohonan itu daripada kau orang. Contohnya, lesen memandu, penyata akaun bank, penyata KWSP ataupun bil utiliti.

3. Isi borang Permohonan Laporan Kredit dan Isi Borang Pengisytiharan Pinjaman. 

Borang ini adalah merujuk kepada pinjaman yang sedia ada seperti pinjaman rumah, pinjaman jual-beli, kad kredit dan sebagainya. Dah siap isi, scan semua tu dan emel kepada:

[email protected]


Senarai Semak

*****
Selepas beberapa hari, kau orang akan dapat maklum balas daripada pihak BNM. Paling lambat pun 14 hari.

Lepas pihak BNM balas permohonan kau orang, kau orang kena telefon mereka untuk dapatkan kata laluan. Untuk membuktikan kau orang yang mohon bukan orang lain.

CCRIS tidak blacklist kan nama kau orang. Jangan takut jika ada CCRIS. CCRIS akan meyakinkan pihak bank yang kau orang mampu membayar ansuran dengan baik. Tidak culas.

Jika laporan CCRIS kau orang barai dan ada nombor lain selain nombor 0, kau orang kena baiki dan bayar tunggakan terlebih dahulu jika mahu buat pembiayaan perumahan ataupun sebarang pembiayaan dengan pihak bank.

******
Sekarang PTPTN pun masuk dalam laporan CCRIS secara berperingkat. Jadi, kau orang kena cek dulu CCRIS sebelum memohon pembiayaan perumahan. Kot ada tunggakan PTPTN.

Kalau ada, pergi cawangan PTPTN. Bincang dengan mereka. Buat penstrukturan semula. Bayar separuh daripada tunggakan ataupun semua tunggakan. Itu atas budi bicara pihak PTPTN. Mohon pihak PTPTN buat surat Pengesahan Bayaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN mengatakan kau orang sedang bayar PTPTN dengan baik.

Selepas selesai, mohonlah pembiayaan perumahan atau pembiayaan ASB mengikut matlamat kau orang. Yang penting CCRIS kena jelaskan dulu.

CCRIS sangkut memang pihak bank tak akan layan. Sebabnya pembiayaan sekarang pun tak mampu bayar, macam mana nak bayar pembiayaan baru. Ye dak? Ingatlah pihak bank orang berniaga bukannya badan kebajikan.

Ada yang buat guna Credit Bureau, bayar RM10 lebih. Tapi gua buat yang percuma je. Sekadar nak semak okay ke tak laporan gua setiap 6 bulan sekali. RM10 tu dah boleh isi dua kali minyak motor gua. Kah!

Share jika manfaat.

Sumber : Amir Syahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...