Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, tampil menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes melibatkan Jeffrey Epstein, susulan tular dakwaan yang mengaitkan namanya dalam satu emel oleh pihak luar.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Anwar berkata beliau sendiri baru dimaklumkan mengenai kewujudan emel berkenaan yang didakwa memetik namanya dalam isu tersebut.

“Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam emel melibatkan kes Epstein ,” katanya.
Anwar menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas dan menekankan bahawa beliau langsung tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pertukaran emel itu, termasuk Epstein.
“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam emel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas email tu, terutama Epstein,” jelasnya.
Dalam nada bersahaja, Perdana Menteri itu turut memaklumkan bahawa beliau memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan dan meneruskan aktivitinya seperti biasa.

Hantaran tersebut mencuri perhatian warganet, dengan ramai menyifatkan penjelasan Anwar sebagai jelas dan ringkas, selain memuji pendekatan tenang beliau dalam menangani dakwaan berkenaan.
Selain oitu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
