Rossa Seri memilih untuk tidak ikut campur masalah rumah tangga bekas suaminya, Shuk Sahar dan Fara Salleh meskipun namanya tiba-tiba dipetik oleh wanita berkenaan.
Meksipun begitu, Rossa atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah enggan masuk campur urusan rumah tangga Shuk kerana mahu menjaga hati suami barunya.
Saya tak ambil tahu dan terlibat apa-apa. Saya dah ada suami dan anak. Apa mereka buat tiada kaitan dengan saya.
Ujar Sera lagi, dia tidak mahu mengeruhkan keadaan sehingga boleh menimbulkan salah faham dan berharap orang ramai tidak menghantar mesej negatif di Instagram.
Saya sayang suami dan anak-anak sekarang. Harap semua faham. Saya perlu jaga hati suami.
Terdahulu, Fara telah menuduhnya sebagai ‘penyondol’ dan tiada beza di antaranya serta Sera kerana sama-sama mengganggu rumah tangga orang lain.