Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Nadeera Zaini tidak ambil pusing dengan gosip berkenaan namanya dipetik sebagai individu yang ditangkap khalwat bersama suami orang.
Menurut Mstar, Nadeera berkata, dia enggan melayan fitnah berkenaan kerana fokusnya adalah untuk memberikan persembahan yang terbaik di AJL39.
Saya tak ambil pusing pun perkara tu sebab bukan saya orangnya.
Selama sebulan ni memang saya fokus pada AJL39 sahaja.
Dalam pada itu, penyanyi itu akui hairan dan tidak mengetahui mengapa namanya dikaitkan dengan perkara berkenaan.
Walau bagaimanapun, penyanyi itu menganggap segala yang terjadi adalah ujian yang perlu dijalani sebagai seorang anak seni.
Saya pun tak tahu kenapa nama saya pula dikaitkan.
Tapi saya anggap apa yang jadi sebagai ujian hidup saya.
Nadeera turut berkata jika dakwaan yang dilemparkan itu merupakan cubaan untuk menjatuhkan imejnya, dia mengambil perkara itu dari sudut positif dan memaafkan si pelaku.
Andai kata ada yang cuba menjatuhkan saya, tidak mengapa saya maafkan.
Saya juga berharap orang tersebut bertaubat lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadan ni.
Sebelum ini, Beautifulnara melaporkan mengenai seorang penyanyi yang telah ditangkap khalwat bersama suami orang di rumah sewa sekitar jam 2 petang. Walau bagaimanapun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan penyanyi itu bukan Nadeera.