Nama ‘Dipetik’ Dalam Video Parodi Imran Bard, Netizen Puji Zulin Aziz Tak Melenting – “Kalau Faham Konsep, Insya-Allah Tak Ada Apa Pun”

Hiburan

Nama ‘Dipetik’ Dalam Video Parodi Imran Bard, Netizen Puji Zulin Aziz Tak Melenting – “Kalau Faham Konsep, Insya-Allah Tak Ada Apa Pun”

Meskipun namanya ‘dipetik’ dalam video parodi pempengaruh kontroversi Imran Bard, pelakon Zulin Aziz dipuji kerana tidak melatah ataupun melenting.

Difahamkan, Imran ada membuat satu video parodi seolah-olah menjadi juri dalam sebuah pertandingan realiti dan mengkritik vokal Zulin yang dianggapnya tidak bagus.

Advertisement

Zulin kemudian dilihat meninggalkan komen berseloroh di video parodi tersebut.

Komen Zulin itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji sikap pelakon itu yang tidak berkecil hati dengan video tersebut.

Maklum dengan perhatian netizen terhadap dirinya, Zulin kemudian tampil menjelaskan mengapa dia tidak menganggapnya sebagai satu isu.

Saya okay saja nama pun parodi tapi bergantung kepada penerimaan masing-masing. Babak itu pun dia reka cuma watak saja watak kita. Tak ada sebab nak marah.

Jadi saya pun komen berdasarkan watak itu. Kalau faham konsepnya, Insya-Allah tak ada apa pun.

Sebelum ini, nama Imran Bard menjadi sorotan gara-gara pelakon senior Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan terhadap ‘content’ parodi yang dibuat Imran.

Dalam video tersebut, Imran didakwa memetik nama Ellie dan merujuknya sebagai seorang yang ‘kacip’ dan mengambil dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aeril zafrel el azman
45 mins ago

15 Tahun 'Masam Muka' Kerana Berebut Seorang Artis Wanita, Aeril Zafrel Dan El Azman Akhirnya Berdamai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...