Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nama Digunakan Tanpa Kebenaran : Amar Baharin Amyra Rosli Bakal Ambil Tindakan

Populariti pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli tidak boleh disangkal lagi, mereka sering mencuri tumpuan peminat. Sejak mendirikan rumah tangga, mereka semakin “digilai” dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Advertisement

Disebabkan populariti yang mereka kecapi, ada pihak dengan sewenang-wenangnya menggunakan nama Amar dan Amyra tanpa kebenaran untuk penganjuran sebuah pertandingan di laman sosial Facebook  yang menjanjikan hadiah lumayan seperti iPhone.

Tidak mahu orang ramai terus keliru, Amar dan Amyra memberitahu mereka berdua sama sekali tidak terlibat dengan pertandingan tersebut dan pihak berkenaan hanya menggunakan nama serta wajah mereka demi menarik perhatian ramai.

Keadaan begini telah pun berulang banyak kali. Tambahan pula membabitkan penganjuran majlis di lokasi-lokasi tertentu. Pihak tidakbertanggungjawab itu turut menggunakan wajah kami sebagai ‘pelaris. Saya pernah tegur secara baik kepada mereka. Kita maklum tentang bisnes dan strategi pemasaran mereka tapi tidak eloklah menggunakan cara sebegitu.

Lagipun kita sebagai masyarakat Melayu ini ada adab dan cara tersendiri terutama dalam bab menegur orang lain yang baru dikenal.  Paling tidak pun, saya akan berdiam diri membiarkan saja tindakan pihak tersebut walaupun secara terang-terangannya itu memang salah. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin pula menjadi-jadi. Itu yang buat saya tidak boleh duduk diam itu. Saya perlu melakukan sesuatu.

Amar memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang lagi di masa hadapan.

Dengan cara tindakan sebegini, saya dapat memastikan kejadian yang sama tidak lagi berulang. Bukan marah tetapi kecewa. Sudah banyak kali kami kena berdepan dengan hal macam ini, berulang kali. Harap-harap selepas ini tidak lagi berlaku. Tolong faham, ini juga membabitkan periuk nasi kami suami isteri.

Advertisement

Bersabarlah Amar dan Amyra, ini adalah salah satu dugaan bila sudah popular tetapi ia tidak bermaksud perkara seperti ini harus dipandang ringan. Kalau terjadi penipuan dan sebagainya, nama Amar dan Amyra turut terkena tempiasnya.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top