Personaliti media sosial, Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan meluahkan rasa terkilan dengan sikap sebuah syarikat produksi yang menggugurkan namanya kerana ketiadaan baju bersaiz besar.
Namun begitu, Kak Girl berkata dia enggan memanjangkan isu tawaran berlakon yang ditarik balik hanya kerana masalah remeh seperti itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham dan mengeruhkan keadaan.
Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian pelakon Dottie yang memuat naik luahan kesal berikutan sahabatnya itu dilayan sedemikian rupa oleh syarikat produksi tersebut.
Sejujurnya niat saya hubungi Dottie hanya ingin bertanya. Dia sudah lama dalam industri dan juga seorang pelakon ‘plus size’. Jadi saya tanya adakah dia pernah alami situasi yang sama sebab saya tak pernah lagi, bukan mengadu.
Berikutan hal itu, Dottie menyifatkan apa yang terjadi kepada Kak Girl adalah sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan sukar diterima.
Meskipun berasa agak teruja pada awalnya ketika menerima tawaran berlakon itu, Kak Girl mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang positif dan menganggap ia bukan rezekinya kali ini.
“Apabila dah dapat tawaran berlakon semula, sudah tentu saya rasa teruja. Tapi nak buat macam mana, saya anggap saja la ia bukan rezeki saya.” katanya lagi.
Dia dalam pada itu berharap agar syarikat produksi lebih berhati-hati dan dapat tampil memberi lebih penjelasan yang baik sebelum menawarkan pekerjaaan.