Nama “Damia” Didakwa Bermaksud Tempat Keluar Darah, Surat Mohon Tukar Nama Cetus Rasa Bimbang

Trending

Nama “Damia” Didakwa Bermaksud Tempat Keluar Darah, Surat Mohon Tukar Nama Cetus Rasa Bimbang

Viral di media sosial, satu surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang mendakwa nama ‘Damia’ membawa maksud yang kurang baik.

Advertisement

Menurut individu yang memuat naik surat berkenaan di Facebook, dia memperolehi surat itu dari aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan surat bertarikh 7 November itu, nama ‘Damia’ membawa maksud yang kurang baik iaitu, ‘tempat keluarnya darah’.

Difahamkan, surat itu dikeluarkan bagi menyokong permohonan individu bernama Mohd Nizam yang mahu menukar nama anaknya dari Nur Damia Safiyya kepada Putri Nur Safiyya yang bermaksud ‘Cahaya yang suci’.

Surat tersebut menegaskan bahawa permohonan pertukaran nama baru yang dipohon itu adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

Sementara itu di laman sesawang JAKIM (www.kemusykilan.islam.gov.my) pula menyatakan bahawa Damia bermaksud kebijakan.

Ekoran itu, netizen tertanya-tanya apakah mereka perlu menukar nama anak mereka yang telah menggunakan nama Damia sejak sekian lama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...