Nama Daiyan Trisha Dipetik Jadi Isteri Ke-4 Lelaki VVIP, Ini Respon Tuan Badan – “Saya Hanya Mampu..”

Hiburan

Nama Daiyan Trisha Dipetik Jadi Isteri Ke-4 Lelaki VVIP, Ini Respon Tuan Badan – “Saya Hanya Mampu..”

Pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha hanya mampu tertawa apabila mengetahui namanya dipetik sebagai wanita yang bergelar isteri keempat buat seorang lelaki bangsawan yang berstatus suami orang.

Respon Daiyan tentang jadi isteri keempat lelaki VVIP

Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menafikan dakwaan tersebut dan enggan memberi respon terhadap gosip terbabit, malah menganggap ia sebagai bahan lawak buat dirinya.

Advertisement

Ya Allah saya isteri keempat? Astagfirullahalazim. Saya pun tak tahu apa saya buat sampai setiap kali isu seperti ini keluar nama saya pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ∞ (@daiyantrisha)

Dalam pada masa yang sama, penyanyi itu turut enggan mengambil pusing dengan gosip yang tidak benar itu, bahkan akui sudah terbiasa menjadi bualan warganet.

Sebelum ni sugar daddy, sekarang isteri keempat pula..

Dulu orang kata saya ada sugar daddy, sekarang orang cakap saya isteri keempat pula. Saya dah tak rasa apa-apa sebab macam kelakar. Kalau dulu saya tepis semua gosip, sekarang ni saya malas layan.

Sebelum ini, tular gosip mengatakan selebriti yang merupakan seorang pelakon wanita berumur 31 tahun telah pun menjadi isteri keempat buat lelaki VVIP dan didakwa sudah lama menjalinkan hubungan percintaan sebelum bernikah.

selebriti wanita
2025-08-17 14:38:42

Diam-Diam Kahwin, Wanita Popular Rupanya Dah Lama Jadi Isteri Ke-4 Lelaki Bangsawan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...