Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nama Anak Pelakon Kazar Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah ‘Tutup’ Cerita Lama

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof

Nama anak kepada pelakon veteran, Kazar yang dikenali sebagai Ira Kazar tiba-tiba sahaja menjadi perbualan di kalangan netizen berkenaan isu rumah tangga di antara pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, pelakon Puteri Sarah.

Ianya mula menjadi sebutan apabila ada seorang individu memberi komen yang mempersoalkan gaya Puteri Sarah seolah-olah meniru penampilan Ira Kazar.

Advertisement

Justeru, timbul persoalan dalam kalangan peminat adakah Ira yang menjadi punca kepada kemelut rumah tangga yang berlaku antara mereka.

Puteri Sarah yang dihubungi media mendakwa dia sebenarnya telah mendapat banyak komen dan mesej peribadi menerusi akaun Instagramnnya daripada individu yang tidak dikenali namun menggunakan berbilang akaun yang berbeza.

Advertisement

“Nama akaun berbeza-beza, cara dia komen dan gaya bahasa digunakan sama. Malah, seolah-olah tahu semua perkara yang terjadi antara saya dan Syamsul. Sedangkan saya tidak pernah kongsi kepada umum isu dalaman kami.”

Menganggap perkara itu sebagai isu lama, Puteri Sarah berkata tahun baru 2021 ini mereka sekeluarga ini tutup cerita lama dan akan memperbaiki hubungannya bersama Syamsul Yusof sebagai suami isteri.

Ira KazarSumber : Google  

Dia juga berkata jika ini merupakan cara orang mencuba untuk meruntuhkan rumah tangga mereka, Sarah memberi jaminan bahawa perkara itu tidak akan terjadi.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kepada sesiapa sahaja di luar sana yang melakukan provokasi dan bertindak memanipulasi isu rumah tangga mereka berdua berikutan sering saja diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top