Nama Anak Masih Dipetik Curi Kereta Ferrari, Jamal Abdillah Nak Saman – “Kalau Berterusan, Saya Tak Teragak…”

Hiburan

Nama Anak Masih Dipetik Curi Kereta Ferrari, Jamal Abdillah Nak Saman – “Kalau Berterusan, Saya Tak Teragak…”

Penyanyi, Jamal Abdillah tidak teragak-agak akan mengambil tindakan mahkamah andai nama anak sulungnya, Osama Yamani masih dikaitkan dengan kes kecurian kereta mewah baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, Jamal atau nama lengkapnya Jamal Ubaidillah Mohd. Ali berkata, tuduhan yang dilemparkan memberi kesan emosi terhadap anaknya sedangkan suspek sebenar sudah dihadapkan ke mahkamah.

Advertisement

osama yamani

Osama mengadu kepada saya namanya dikaitkan dengan kecurian Ferrari hanya kerana identiti salah seorang suspek disebut sebagai anak penyanyi popular.

 

Dia memang tak tahu pasal kes yang tular itu, dia terkejut apabila namanya terpalit sama.

 

Tetapi nampaknya masih ada yang mengaitkan Osama dengan kes tersebut. Kalau berterusan, saya tak teragak-agak gunakan saluran undang-undang.

Penyanyi itu berkata, sebagai seorang bapa serta orang yang berpengalaman dalam arena seni, dia meminta Osama jangan goyah berdepan situasi sebegini.

jamal abdillah

Saya cuma minta dia bersabar dan jangan emosi. Lagipun memang bukan dia, jadi tidak perlu bimbang dengan persepsi luar.

 

Cuma saya harap tuduhan sebegini jangan lagi disebarkan. Bukan sahaja calarkan nama Osama, pada masa sama macam sengaja memalukan saya. Tak elok begitu.

Terdahulu, media melaporkan anak seorang penyanyi terkenal antara enam individu yang didakwa mencuri sebuah kereta Ferrari daripada milikan seorang wanita berusia 53 tahun di sebuah pusat cuci kereta pada 17 November lalu.

Bagaimanapun, anak penyanyi terbabit mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang, kelmarin.

anak penyanyi tempatan curi ferrari
2 months ago

Anak Seorang Penyanyi Tempatan Antara Enam Individu Yang Ditahan Disyaki Curi Ferrari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...