“Nama Aku Pun Dah Kotor, Stop Lah Dekat Situ” – YouTuber Mohon Maaf, Harap Liana Beep Beep Tak Panjangkan Isu

Kehidupan

“Nama Aku Pun Dah Kotor, Stop Lah Dekat Situ” – YouTuber Mohon Maaf, Harap Liana Beep Beep Tak Panjangkan Isu

Sebelum ini, tular di laman media sosial video penjelasan pempengaruh dikenali ramai, Liana Beep Beep selepas seorang YouTuber Mukbang popular didakwa jaja cerita buruk mengenai dirinya.

Enggan panjangkan isu

Terbaru, melalui keratan video live TikTok lelaki tersebut, dia menegaskan tidak mahu memanjangkan isu yang sudah ‘panas’ ini.

Advertisement

Katanya, dia tidak marah Liana memuat naik video penjelasan itu bagi membersihkan nama selepas apa yang telah diperkatakan olehnya di dalam podcast tersebut.

Aku request video podcast tu tutup lepas 24 jam, jadi aku bagi Liana untuk publish video untuk dia bersihkan nama dia. Aku WhatsApp yang aku berdiam diri dan tak akan melawan kerana tak nak keruhkan lagi keadaan.

@brocollicumil_ 🤷‍♀️ #viral #fyp #syedot #lianabeepbeep ♬ original sound – 🥦

Mengaku silap sendiri

Bahkan, YouTuber itu turut mengakui kesalahannya menceritakan hal peribadi di dalam podcast tersebut, di mana dia tahu akan di muat naik untuk dipertontonkan oleh orang awam.

Bagaimanapun, lelaki terbabit berkata di dalam podcast, dia tidak ada kaitkan hal berkaitan mesej-mesej peribadi mereka berdua tetapi Liana menyebarkan semuanya di dalam video itu.

Tapi tak apalah, aku tak kisah. Sebab memang salah aku, Cumanya aku cakap lepas dah bersihkan nama, orang dah puji dia jadikan video tu private.

Dalam pada masa yang sama, YouTuber itu menegaskan dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk mengugut Liana dan hanya mahukan isu ini diselesaikan cara baik.

liana beep beep
2 months ago

Reka Cerita Buruk, YouTuber Mukbang Popular Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Oleh Liana Beep Beep?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...