Nama Ahli Gusti Berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana Tersenarai Dalam “The Forbes 30 Under 30 Asia”

Trending

Nama Ahli Gusti Berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana Tersenarai Dalam “The Forbes 30 Under 30 Asia”

Bagi peminat World Wrestling Entertainment (WWE), pasti anda mengenali watak Nor ‘Phoenix’ Diana dalam sukan itu. Namanya pernah di sebut-sebut pada ketika dahulu kerana anak muda kecil molek ini merupakan ahli gusti wanita berhijab pertama yang mewakili negara.

Baca: ‘Phoenix’ Diana Wanita Bertudung Pertama, Ahli Gusti Profesional Pertama Dunia

Advertisement

Kali ini, Nor Diana dikatakan telah menjadi salah seorang individu yang tersenarai dalam The Forbes 30 Under 30 Asia.

Untuk pengetahuan anda The Forbes 30 Under 30 Asia adalah merupakan senarai nama anak muda di seluruh Asia di bawah usia 30 tahun yang mencabar tradisi konvensional dan menetapkan semula peraturan untuk generasi yang akan datang. Ia menampilkan usahawan, pencetus perubahan dan pemimpin muda.

Pemilihan untuk senarai nama ini telah dilakukan oleh pakar dalam industri serta barisan juri yang menilai kepimpinan, impak, potensi kejayaan serta semangat keusahawanan calon yang sinonim dengan Forbes.

Nama Nor Diana telah terpilih daripada 3,500 calon dari 22 negara Asia termasuk Korea, Jepun dan Bangladesh

Gambar Hiasan

Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sebelum ini dikatakan pemegang watak lagenda Mesir Phoenix ini pernah muncul sebagai juara wanita pertama yang memenangi kejuaraan Malaysia Pro Wrestling dalam acara MyPW Wrestlecon.

Saya mahu memberi inspirasi kepada wanita bukan hanya wanita  bertudung tetapi wanita secara amnya. Tiada apa-apa yang boleh menghalang kita selagi kita mempunyai semangat dan percaya kepada diri kita sendiri.

Beliau turut dikatakan telah menjalani latihan di London bersama UK promosi wanita Pro Wrestling (EVE) pada November lalu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...