‘Naluri Saya Dapat Rasa..’ – Ibu Kanak-Kanak Maut Tertinggal Dalam Kereta

Trending

‘Naluri Saya Dapat Rasa..’ – Ibu Kanak-Kanak Maut Tertinggal Dalam Kereta

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun meninggal dunia selepas beberapa jam ditinggalkan dalam kereta milik pengetua tadika. Kejadian yang berlaku di Sungai Petani Kedah itu dipercayai hanya disedari pengetua ketika mahu menghantar mangsa pulang ke rumah.

Memetik laporan Harian Metro, ibu mangsa, Nor Azira Abdul Halim berkata setiap hari dia menghantar anak ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta pengetua mengambil anak di rumah. Pada hari lain, dia bekerja dari rumah sahaja.

Advertisement

“Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari.

Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri.”

Sejurus menerima panggilan, dia segera menghubungi suami yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani untuk memeriksa anak.

“Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan.

Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami.”

Kata ibu mangsa lagi, dia reda dengan ketentuan dan mungkin guru terbabit tidak sedar anaknya berada di tempat duduk belakang.

“Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap.

Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika.”

Ujarnya, arwah seorang anak yang aktif namun di sekolah dia banyak diam mungkin kerana takut dengan guru. Ibu juga tidak melihat sebarang perubahan pada arwah, hanya merengek biasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...