Naluri Anak Terjawab, Mayat Dengan Kesan Terbakar Seluruh Badan Adalah Ibunya Yang Hilang

Trending

Naluri Anak Terjawab, Mayat Dengan Kesan Terbakar Seluruh Badan Adalah Ibunya Yang Hilang

Kebelakangan ini, media sosial dipenuhi dengan kes jenayah yang seperti tiada penghujungnya. Lebih menakutkan, apabila mayat yang ditemukan bukan sahaja dibunuh kejam, malah turut dibakar untuk menghilangkan bukti. Tragis. Sungguh tidak berperikemanusiaan!

Sebelum ini, media dikhabarkan dengan kehilangan seorang wanita pada April lepas. Ketika itu juga, satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemukan di tepi Jalan oleh pekerja kebersihan.

Naluri seorang anak, Wan Mahisyamri W Abd Manan, kuat mengatakan mayat dengan kesan terbakar seluruh badan yang ditemukan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh, di sini tepat 17 April lepas adalah ibunya, Che Janiah Jaafar.

MANGSA BAKAR TEPI JALAN

Advertisement

Wan Malianal Akmal W Abd Manan, 36, berkata, perkara tersebut diluahkan abang sulungnya yang berumur 39 tahun itu kepada ahli keluarga apabila mengetahui tentang penemuan mayat tersebut.

“Ini kerana tempoh penemuan mayat itu hampir sama dengan tempoh masa kehilangan ibu”

“Telahan abang saya itu lebih kuat apabila pihak polis menghubungi kami sekeluarga untuk melakukan pengecaman mayat berikutan laporan polis yang kami buat setelah 24 jam ibu tidak pulang ke rumah selepas keluar berjumpa dengan kawannya kira-kira jam 10 malam pada 16 April lepas”

Pengecaman mayat tersebut, katanya dilakukan adik tirinya, Siti Nor Nabila Azmi, 24, pada 19 April dan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan Jumaat lepas mengesahkan mayat itu adalah Che Janiah yang berusia 55 tahun.

Walaupun anaknya tidak menyangka kematian ibunya berlaku secara tragis, Wan Malianal Akmal tetap reda dan berharap individu yang melakukan perbuatan kejam itu mendapat hukuman setimpal.

Sebelum pemergian arwah ibunya, dia sering memuat naik hantaran berkaitan kematian di laman sosial Facebooknya dan tidak menyangka itu antara petanda terakhir yang ditunjukkan ibunya.

POSTING FACEBOOK

Jenazah wanita itu dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Bading, di Hulu Terengganu.

Terdahulu, mangsa dikatakan telah dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan dan dibakar.

Semoga si pelaku mendapat balasan setimpal. Sungguh kejam!
SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...