Nakoula Basseley Pengarah Filem “Innocence of Muslims”

Trending

Nakoula Basseley Pengarah Filem “Innocence of Muslims”

Nakoula Basseley juga dikenali sebagai Sam Bacile iaitu pengarah kepada filem yang menjadi catalyst kepada kemarahan umat islam seluruh DUNIA. Filem ini menjadi kontroversi kerana mempuyai unsur anti-islam yang mengutuk Nabi Muhammad. Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir yang pada ketika ini menetap di California. Si Nakoula juga seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas. Filem ini juga menyebabkan rusuhan anti-AS yang melanda di Timur Tengah yang menyebabkan kematian yang kemusnahan harta benda.


Anna Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak(Siti Aisyah) yang dikahwini Nabi Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah ‘dikhianati’ oleh Nakoula.

Advertisement

‘Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, “katanya. ‘Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.

‘Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. ‘ – Anna Gurji

Gurji percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula tidak pernah menyebut tentang isu agama yang ada dalam filem ini kepada dia mahupun pelakon lain.

‘Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, “katanya. ‘Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.

sumber : dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...