Pelakon baharu, Nadhir Nasar sering menggunakan perkataan lucky termasuk menamakan kelab peminatnya Lucky Fighter. Nadhir berharap perkataan berkenaan membawa rezeki buatnya.
Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar menganggap ia umpama kalung azimat atau ‘lucky charm‘.
Nadhir yang memulakan kerjaya sebagai peragawan itu berkata rakan sekolah selalu memanggilnya dengan gelaran ‘Lucky‘ kerana dua sebab.
Pertama, saya selalu bernasib baik di sekolah. Biarpun sering berkelakuan nakal, tetapi selalu terlepas hukuman. Malah, saya seperti ada imuniti hingga dijauhkan dengan masalah.
Tambahnya lagi, dia cukup meminati model bernama Lucky Blue Smith ketika menceburi bidang peragaan.
Pelakon yang semakin menyerlah menerusi watak Syafiq menerusi drama i-Tanggang: Mother Of All Lies itu mengakui momentum seninya bermula agak lambat. Namun, bakatnya mula diperhatikan apabila membintangi drama itu.
Nadhir beranggapan pada akhirnya tuah dan rezeki datang tanpa dijangka dan berharap ia permulaan baik untuk dia membuktikan kemampuan dirinya.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.