“Nakal Eh Korang..” Baju Biru Hitam Aina Abdul Disamakan Dengan Aiskrim McDonald’s Oleh Netizen

Hiburan

“Nakal Eh Korang..” Baju Biru Hitam Aina Abdul Disamakan Dengan Aiskrim McDonald’s Oleh Netizen

Penyanyi Aina Abdul memang tidak asing lagi sering saja tampil dengan fesyen unik sepanjang kemunculannya dalam mana-mana acara mahupun muzik video lagunya sendiri.

Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 yang baru sahaja melabuhkan tirainya baru-baru ini, Aina dilihat telah tampil dengan satu set persalinan biru hitam beropol khas sempena majlis tersebut.

Advertisement

Namun lain pula bagi pengguna media sosial yang mula membuat perbandingan busana yang dipakai Aina pada malam itu dengan hidangan ais krim yang dijual oleh McDonald’s, iaitu Sea Salt McFlurry.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Tidak melatah, Aina mengambil perbandingan netizen itu sebagai gurauan dan turut berkongsi foto tersebut di entri terbarunya di Instagram miliknya baru-baru ini.

Meninjau ruangan komen, peminat Aina turut meninggalkan respon terhibur dengan cara penyanyi itu melayan pengikutnya di Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...