Setelah sekian lama berada dalam industri seni sebagai seorang penyanyi, kini Nana Sheme bertekad untuk mencuba sesuatu baharu dan menceburi bidang lakonan pula.
Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menceburi bidang lakonan namun masih belum diberi kesempatan untuk mencuba.
Setakat ini tidak ada lagi tawaran berlakon sebab belum cukup ilmu. Kalau tak cukup ilmu saya memang tak berani lagi nak cuba.
View this post on Instagram
Menurut pelantun lagu Ragu-Ragu itu, gelaran sebagai seorang penyanyi bukanlah tiket untuk dirinya menceburi dalam bidang lakonan dengan mudah, sebaliknya dia mahu mula dari bawah dan lihat perkembangan kerjayanya dalam bidang itu.
Saya nak cuba watak sampingan je dulu kalau diberi peluang, tak nak nanti orang kata ada nama tapi kayu berlakon.
Apabila memaklumkan perkembangan dalam kerjaya nyanyiannya, Nana berkata dia sedang menyiapkan sebuah lagu baharu dan berkolabarasi dengan seorang penyanyi lelaki.
Semoga Nana terus maju jaya dalam industri seni!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.