Written by AbangNara | June 1st, 2015

Di Malaysia sekarang ini macam-macam jenis produk kecantikan ada. Kalau jadi perempuan, memang pening kepala nak memilih. Ada yang krim sapu muka, ada yang makan pil, ada jenis pencuci muka dan macam-macam lagilah. Salah satu yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah produk kecantikan berasaskan kolagen.

dani

Apa sebenarnya fungsi kolagen dalam badan kita sampai orang kecoh sangat kena makan menatang nie. Ha, seperti gambar di atas, kolagen ini tugasnya ialah nak kasik muka kita muda remaja dan kulit anjal macam zaman-zaman 20-an. Makin tinggi kolagen dalam badan, makin cun melecunlah kulit. Umur anda mungkin dah cecah 40-an tapi boleh nampak macam 20-an kalau ada kolagen yang secukupnya.

Ok dah excited dah nak try kolagen? Di pasaran sekarang terlalu banyak produk berasaskan kolagen dijual. Rasa mahu cecah ratusan jugak. Memang korang akan sukar buat pilihan. Semuanya ada kelebihan masing-masing. Buat anda yang masih keliru, Abang Nara nak cadangkan Dani Collagen untuk dicuba.
dani

Dani Collagen kelebihannya yang paling awesome ialah serbuk kolagen yang dimport dari Kanada adalah 100% asli. Tak ada bahan tambahan lain. Ala contoh kalau korang minta air tembikai kat kedai makan. Yang paling best dan sedap sudah tentu yang tak ada letak gula, letak sirap. Cuma guna buah tembikai 100%. Samalah dengan Dani Collagen nie. Kolagennya 100% diambil daripada kulit ikan seperti Haddock, Cod dan Pollock yang hidup liar di lautan Pasifik.

daniSesuai dengan taglinenya “Be Young, Stay Young’, kelebihan Dani Collagen ini memang amat sesuai untuk anda yang mahu tampak muda. Abang Nara berani jamin lepas makan Dani Collagen selama 2 minggu korang akan nampak kesan-kesannya. Antaranya kulit akan anjal, licin dan berseri-seri. Lepas tue kuku dan rambut lebih sihat serta bersinar-sinar. Itu belum kira terasa macam ada tenaga tambahan dalam badan. Buat yang selalu sakit sendi, lepas amalkan Dani Collagen confirm hilang sepenuhnya. Tak caya? Cuba baca testimonial kat bawah:-
dani

Akak Shaha nie mesti sekarang dah tahap hot mom lepas guna Dani Collagen. Abang Nara ingat nak suruh wife guna juga lepas bersalin anak ketiga nanti. Yang lebih awesome ialah Dani Collagen tiada rasa dan bau. Jadi boleh ditambah ke mana-mana minuman yang kita mahu serta boleh buat perisa sendiri. Untuk keberkesanan yang optimum, kenalah minum 2 kali sehari. Insya Allah akan nampak kesannya dalam masa 2,3 minggu sahaja.Jangan lupa baca Bismillah sebelum minum tue.

Banyak lagi kelebihan Dani Collagen tapi kalau Abang Nara nak tulis semuanya, memang tak cukup mukasurat. Yang penting korang kena try Dani Collagen sekarang juga. Sebab? Raya ada lagi 2 bulan. Dalam 2 bulan nie kalau makan Dani Collagen, confirm pagi raya muka macam bidadari. Cun melecun semua mata yang memandang akan jatuh cinta. Feeewitttttttttttttt!!!daniLagi satu sebab korang kena cuba Dani Collagen sekarang ialah sebab adanya peraduan #DaniSelfieContest yang menjanjikan hadiah percutian ke Bali Indonesia yang ditaja sepenuhnya. Siap ada duit poket sejuta rupiah tue. Abang Nara pun terasa nak join kalau camnie. Bolehlah honeymoon kali kedua bersama wife tercinta. Hehehe. Maklumat lanjut tentang #DaniSelfieContest ini korang boleh ushar di Facebook Dani Collagen.daniOk excited tak nak try Dani Collagen? Boleh cantik dan boleh pergi cuti-cuti ke Bali tue. Takkan tak excited lagi kan? Jangan risau harga Dani Collagen tidaklah mahal berbanding dengan faedah-faedah yang bakal diperoleh. Cuma RM220 untuk pek besar dan RM120 untuk pek kecil. Cara nak membeli? Senang je. Boleh Whatsapp terus ke 017-676-9508 atau email [email protected]. Nak jadi agen/stokis pun boleh. Nanti dapat harga special price.

Ingat pesanan Abang Nara. Order Dani Collagen hari ini juga supaya ada masa untuk tampil jelita di pagi Hari Raya Aidilfitri. Biar orang-orang kampung terjegil mata melihat kecantikan anda. Hehehe. Info lanjut layari Facebook Dani Collagen. Boleh juga terus beli Dani Collagen di www.lazada.com.my.

30 responses to Nak Wajah Jelita Berseri Di Pagi Raya? Abang Nara Kongsikan Rahsianya

  1. Jangan lupa solat bila dah berpuasa nanti :)

    0

    0
    • Anonymous says:

      makan la…lepas tu kena kanser payudara, lukemia, rosak pundi dan buah pinggang. korang pakai main beli je. orang2 lain beli, korang pun bongok2 pakat2 beli. adira dulu pengsan…sebab apa?

      0

      0
      • Anonymous says:

        benda ni semuanya hanyalah marketing dan psikologi. beratus-ratus tahun pakar/saintis2 suruh kita gandakan sayur-sayuran dan buah-buahan dlm diet kita dan piramid makanan yg sesuai elok untuk jaga kulit dan organ kita, tidur yg cukup dan minum air putih lebih. x guna bayar mahal beratus2 padahal rahsia tu ada kat depan mata kita. sorry, hanya pendapat….

        0

        0
        • Minta Pencerahan says:

          BANYAK KOLAGEN2 DIHASILKAN DRP PERUT DAN URI2 LEMAK LEMBU, AYAM …DRP INDIA DAN CHINA.

          PRODUK NI ASAL KANADA? SEMBELIH KE LEMBU2 TU?

          0

          0
        • mata2m says:

          mcm stemcell juga lah. bukan smue stemcell ada dlm apple ye! stemcell yg mujarab utk kulit tu stemcell yg terdpat dlm sejenis buah apple shj (bukan apple yg kita dok mkn beli kat Giant tu) kalau x salah apple tu drp pendalaman switzerland atau france kecil je saiz nya, didaerah tertentu sahaja ye! melayu2 x kurang cerdik buat research terus beli. korang smue kena tipu. padahal bahan campuran kimia lemak ayam yg direbus. hahahaha

          0

          0
        • Kak Nam says:

          patutla byk pompuan2 skg dpt kanser dan susah hamil. jgn nk salahkan sesiapa. tengok apa yg korang telan waktu zaman muda2 demi nk cantik.

          0

          0
        • Anonymous says:

          “Rasa kecantikan saya adalah…..air sembahyang”- Anita Sarawak.

          :D

          0

          0
        • Mak Jem says:

          bila emak kat rumah masak sayur bayam, petai dan saji ulam-ulaman atas meja, korang tak nak makan. no class konon. bila nampak advert dan papan iklan kat shopping complex gebu, mulus dan halus muka model tu korang harga beratus pun terkam beli produk tu kan? padahal yg mak jamu kt rumah tu lagi ada khasiat.

          0

          0
      • mangsa says:

        100% setuju. produk2 kolagen ni byk yg mengarot. entah mana2 datangnya. research and development (r&d) pun takde. beli kt pemborong2 pas tu buat jenama sendiri lekat label. saya dah terkena. beli beratus2. last2 darah tinggi saya naik, darah x balance. dlm darah ada toksid dan kimia. kena marah dgn misi dan doktor. satu hal plak ulang alik pergi cuci darah kt hospital ampang tu. haram jadah. sumpah serik.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Kalau dah spend beratus-ratus beli produk untuk kurus cantik gabu, masa consume product tu automatically kita stop makanan berminyak, makan berlemak sebab kita takut product mahal tu tak berkesan kalau kita tak ikut cara pemakanan yang disarankan. Kalau satu kotak ada beribu-ribu gram benda ajaib yang mereka claim, kalau beribu-ribu kotak so berjuta-juta gram benda ajaib tu dihasilkan. Senang nye dapat benda ajaib kan?

          0

          0
    • ahaks says:

      pesal abang nara tak makan awal2 kalu berkesan tahu dah berkesan? tengok muka abang nara mcm dulu gak…. :D

      0

      0
  2. Nara fan says:

    Abang Nara ingat nak suruh wife guna juga lepas bersalin anak ketiga nanti

    ***pregnant ag ke isteri abg nara..congrats…kipidap

    0

    0
  3. Akak51 thn says:

    Baca nara tulis pasal collagen.. terus order satu pek besau.. tahniah nara pandai buat promosi…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Baguslah…kat Europe dan North America, takde pun jual2 ni semua. Kenapa di Asia sahaja? Pikir.

      0

      0
  4. puteri santubung says:

    Aku x kisah org dok promote minuman kolagen bagai,,,aku pon minum gak….but plzzzzz,,jgn tunjuk gambar before minum muka kusam gelap berminyak dan gambar pas minum kulit muka putih melepak gebus padahal ko dah touch up makeup 5 inci tebal pastu claim sbb minum kolagen. Tolong tunjuk muka asli tanpa makeup kalo nak tunjuk effect minum kolagen.

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye lah kan. testimoni2 pun sama gak. sesiap pun boleh kalau diupah. suruh opah tepi jamban posing guna camera 360 pun akan nampak cantik dan berseri. whoppps.

      0

      0
  5. produk oem says:

    byk je jual produk2 oem cam ni. beli berguni2 pastu brand kan jenama sendiri. byr blogger buat review. jual sebalang 200++. cukup tahun naik ferari. yg beli berhempas pulas keje makan gaji nak beli produk ni lagi…

    0

    0
    • Anonymous says:

      kilang2 tu ada kt perak….member pernah bawak..pergi ambil satu guni. beli.. pastu balik pack sendiri..buat logo sendiri….opssssss

      0

      0
      • dah terkena says:

        ya, made in china dan thailand.
        kat taiping kilang apek cina jual dalam guni.
        apek dan bini dia pun sendiri x makan, korang telan berkoyan-koyan.
        hehehe

        0

        0
  6. Cili Pedas says:

    alah, nak cantik pergi minum jus apple atau beli buah2an je kat pasar tani tu wey. balik makan. ini tak, pergi lepak dgn member2 order teh tarik, pepsi dan frapuccino. makan plak berminyak roti canai dan mee goreng kicap. macam mana kulit tak mcm bontot cerek. :(

    0

    0
  7. Anonymous says:

    org2 msia/ asia saja yg sesibuk nk gebu gitu gini. saya pergi europe dulu, yg banyak multi vitamin je jual kat pharmacy. adakah malaysia tak pantau pil2 kecantikan? kenapa di negara2 barat tak banyak jual colagen2 ni? kalau berkesan, kenapa artis2 hollywood tak datang malaysia import bawak balik negara diorang? fikirkan. :D

    0

    0
  8. Nek Bunga says:

    Banyak Collagen TAK HALAL juga mencampur adukkan sel dari fetus bayi dan fetus haiwan sepert ‘bovine’ – sungguh menggerunkan! Sebab tu agaknya muka jadi putih mcm-HANTU!

    0

    0
    • nina says:

      lagi bahaya..silap2 kena kanser.. eeee…baik jaga diet. tak guna telan kolagen tapi dalaman rosak sbb makan makanan berminyak, manis, bergaram. takut.

      0

      0
  9. ubi says:

    gambar dani collagen yg #daniselfiecontest tu kan, muka dia mcm mona fendy…eeee takuttttt

    0

    0
  10. mitoscollagen says:

    dalam bahasa mudah, molekul besar tak boleh diserap ke dlm kulit dan bila buat test tak dapat dikesan dlm darah pun. Maksudnya collagen yg korang mkn tu akan dinyahkan daripada badan dgn cepat. no point pun makan collagen ni semua. Lgpun collagen ni bukannya sumber protein yang utama dalam badan. sikit sangat amino acid % dlm collagen ni. boleh terima lagi kalau mkn vitamin b complex ke… collagen ni haihhh ntah la ikutla aku banyak tengok orang terpedaya. kalau berkesan pun itu mungkin dtg drp campuran lain macam vitamin c ke. Tak payah buang duit. Banyak dah tengok orang yang amalkan benda ni semua tekanan darah naik. Hmmm…

    0

    0
    • Anonymous says:

      pernah member mak aku makan produk terkenal bukan kolagen tapi “marine complex”. 2 tahun makan lepas tu macam2 sakit menyerang. darah naik, hypertension (high-blood), kencing manis,..mcm2. sekarang dah arwah. padahal supplement dr europe tu.

      0

      0
  11. MamaAlya says:

    wah… terbaikla kolagen untuk mencantikkan kulit muka anda… mmg sgt penting untuk makan kolagen supaya kolagen di dalam badan dapat di replacekan..

    0

    0
  12. Jadoo says:

    ah..telan je quputeh lg baik kut. sokong la macik vida kita. hehe

    0

    0