Nak “Upgrade” Kereta Secara “Trade In” Sahaja? Lelaki Ini Kongsi Cara Elak Kerugian Teruk

Trending

Nak “Upgrade” Kereta Secara “Trade In” Sahaja? Lelaki Ini Kongsi Cara Elak Kerugian Teruk

Ada diantara kita nak upgrade kereta untuk lebih selesa kerana pertambahan ahli keluarga. Namun menjadi kerisauan apabila menggunakan kaedah “trade in” kadangkala menghantui apabila takut tak berbaloi atau setimpal kerana kereta pertama masih belum habis dibayar, dan ada beberapa tahun lagi sehingga segala pembiayaan habis dibayar.

Advertisement

Terdapat kaedah boleh diguna pakai untuk membantu anda menukar ke kereta baru. Individu ini kongsikan kaedah atau jalan kira yang boleh dijadikan panduan buat anda dalam membuat perkiraan menukar kereta baru.

Jom kita baca perkongsiannya..

Suka Upgrade Kereta ? Cuba guna Kaedah ini

Buat pembiayaan kenderaan untuk tempoh pembiayaan 9 tahun sudah tidak relevan buat masa kini KECUALI anda nak upgrade kereta selepas 9 tahun atau memang tak nak tukar Kereta lain.

Depreciation kereta hari ini makin Tinggi & cepat. Kebanyakan orang terbantut nak upgrade kereta hari ini disebabkan bila trade in kereta kena tambah duit RM5,000- RM20,000 bergantung kepada jenis & jenama kenderaan. Puncanya adalah tempoh pembiayaan 9 tahun tidak selaras dengan penurunan harga kereta waktu ini.

Mungkin kaedah ini boleh diguna pakai.

Contoh:
Deposit : 10%
Tempoh pembiayaan : 6 tahun
Budget bayaran bulanan : RM600
Kereta : ??

KERETA PERTAMA

Deposit 10% = RM4,000
Budget Bayaran bulanan : RM600
Harga Kereta = RM40,000
Jumlah pembiayaan = RM36,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3.45% setahun
Beli Kereta = New Saga 1.3 CVT STD ??

Value Kereta Saga selepas 4 tahun
= RM24,000
Baki hutang selepas 4 tahun = RM13,000Refund cash selepas trade in = RM11,000
Katakan selepas 4 tahun gaji anda sudah meningkat , anda budget bayaran bulanan untuk kereta RM900. Kekalkan pembiayaan 6 tahun sahaja.

KERETA KEDUA

Deposit : RM11,000 (guna duit trade in Kereta saga)
Budget Baru bayaran bulanan = RM900
Harga kereta = RM68,000 – (discount RM2,000 ) = RM66,000
Jumlah pembiayaan = RM55,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.
Beli Kereta : New Toyota Avanza 1.5 ??

Value kereta Avanza selepas 4 tahun = RM45,000
Baki pembiayaan selepas 4 tahun = RM20,000

Refund cash selepas trade in = RM25,000

Selepas 4 tahun gaji meningkat lagi, budget bulanan anda untuk kereta RM1,200

KERETA KETIGA

Deposit : RM25,000 (Guna duit trade in kereta Toyota Avanza)
Budget baru bayaran bulanan : RM1,200
Harga Kereta = RM98,000
Jumlah pembiayaan = RM73,000
Tempoh pembiayaan = 6 tahun @ 3% setahun.
Beli Kereta = Ford Ranger 2.2 XLT ??

Lepas tu Kereta apa? pandai-pandai la Anda pilih sendiri.

* Kepada yang dah habis bayar hutang kereta tidak mahu berhutang lagi, Itu mungkin yang terbaik untuk anda.

* Kepada yang terus nak gunakan tempoh 9 tahun, itu terpulang kepada anda, mungkin di situ keupayaan & keperluan anda

* Status ini sekadar idea bagi mereka yang mahu upgrade kereta dengan cara yang lebih Baik .

1. Tidak perlu trade in kereta dengan terpaksa menambah duit bila jumlah hutang melebihi value semasa kereta.
2. Tidak perlu mengeluarkan deposit dari cash sendiri. Hanya menggunakan value trade in.
3. Deposit yang tinggi hasil dari trade in kereta sebelumnya.

Kredit : Khairul Ezuwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...