“Nak Ummi & Daddy” – Ditanya Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Shakilla Koriri Buat Ramai Sebak

Hiburan

“Nak Ummi & Daddy” – Ditanya Mahu Apa Di Syurga, Jawapan Anak Shakilla Koriri Buat Ramai Sebak

Umum mengetahui tentang perpisahan antara pasangan selebriti, Fizi Ali dan Shakilla Khoriri yang telah bercerai dan kini mengambil keputusan untuk membuat haluan masing-masing.

Bagaimanapun, Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin menjelaskan walaupun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Nur Ameena Sofia bersama-sama.

Advertisement

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh Shakilla memaparkan anaknya yang ditanya soal kehidupan di akhirat kelak.

Kadang ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat. Speehless.

Apabila Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla binti Mohd Khoriri bertanya, apakah permintaan yang diinginkan sewaktu di dalam syurga nanti, jawapan anaknya itu telah menyetuh hati orang ramai.

Ameena nak ummi dan daddy.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 96.7K tontonan, 9.7K tanda suka dan 107 komen di aplikasi TikTok.

@shakillakhoriri

Kadang ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat. Speehless. Semoga yang baik-baik je untuk anak ni ? #AmeenaSofiaSK

? original sound – shakillakhoriri – shakillakhoriri

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sebak dengan kata-kata spontan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak itu selain memuji kebijaksanaan dan kecomelannya.

Amina nak ummi dan daddy” betapa pentingnya ibu bapa untuk anak kecil ni – Netizen.

Sebak pulak bab umi dan daddy. Hati sorang ibu macam saya ternangis part ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fizi ali dan shakilla khoriri
6 bulan lalu

"Saya Rasa Hubungan Kami Baik Je.." - Heboh Fizi Ali 'Mengamuk', Shakilla Khoriri Pilih Untuk Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 24, 2022 at 7:46 pm

    amboi comelnya.. sygnya ummi dan dady dah berpisah.. kita doakan yng trbaik..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...