“Nak Ulas Pun Tak Boleh Sebab..” – Pembunuh Dibebaskan, Keluarga Along Spoon Beri Respon

Hiburan

“Nak Ulas Pun Tak Boleh Sebab..” – Pembunuh Dibebaskan, Keluarga Along Spoon Beri Respon

Memetik Astro Awani, keluarga Allahyarham Along Spoon mengambil pendekatan untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai berita pembebasan bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati,57, dari Penjara Kajang pada Khamis.

Salah seorang anggota keluarga yang enggan dikenali, dia tidak mengetahui mengenai berita pembebasan itu dan tidak dapat memberi ulasan lanjut.

Advertisement

Saya tak tahu dia dibebaskan. Nak ulas lebih pun tak boleh sebab saya masih kecil ketika kes ini berlaku.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan kepada Mohd Ya’acob kepada pemenjaraan 33 tahun dan telah dibebaskan hari ini.

Ini berikutan perlaksanaan akta baru iaitu Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023 yang dikuatkuasa sejak empat bulan yang lalu.

Mohd Ya’cob telah dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat sebelum ini kerana dituduh membunuh Sabi’ul Malik yang dikenali sebagai penyanyi Along daripada kumpulan Spoon pada 26 Disember 1999.

Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember tahun yang sama sebelum ditermui dalam keadaan rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pembunuh along spoon
5 months ago

Bekas Polis Bunuh Along Spoon Kini Bebas Hukuman Penjara Selepas 33 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...