Nak Tutup Malu, Sanggup Seorang Atuk Bagi Cucu Baru Lahir Minum Arak

Trending

Nak Tutup Malu, Sanggup Seorang Atuk Bagi Cucu Baru Lahir Minum Arak

Sambutan bulan penuh bayi (Man Yue) merupakan satu tradisi masyarakat Cina untuk beri restu kepada bayi dan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.

Di Beijing China, sambutan yang sepatutnya ceria dan gembira ini bertukar menjadi satu bencana buruk apabila datuk kepada bayi lelaki berusia sebulan ini disuapkan sedikit minuman alkohol sehingga meninggal dunia.

Menurut World Of Buzz, pada upacara menyambut kedatangan bayi lelaki yang baru lahir, banyak ahli keluarga dan juga rakan terdekat datang untuk menyambut bersama keluarga ini sehingga mereka mabuk sedikit gara-gara alkohol yang dihidangkan.

Advertisement

Atuk sebelah bapa pada waktu itu sedang memegang bayi ini dengan sangat gembira dan menunjukkan pada ahli keluarga yang lain. Namun, segalanya berubah apabila seorang saudara  memberi idea untuk memberi cucunya minum arak.

“Atuk tidak boleh minum jika bayi ini tidak minum.”

Tidak disangka apabila datuk ini telah mengambil serius lawak ini dan memberikan cucu yang berusia sebulan minum sedikit air arak demi menjaga muka.

Ibu bayi yang tenampak tindakan bapa mertuanya telah masuk ke dalam bilik tersebut dalam keadaan marah dan merampas anaknya yang sedang menangis dari tangan datuknya.

Selepas 30 minit, bayi itu tidak lagi bernafas dan kelihatan kesihatannya makin serius. Ibu bayi ini telah membawanya ke hospital, tetapi malang tidak berbau, bayi itu tidak dapat bertahan lama selama beberapa jam semasa menerima rawatan kecemasan.

Doktor menyatakan bahawa bayi ini mengalami alahan alkohol. Doktor yang merawat bayi ini juga tidak dapat mengawal perasaan marah terhadap tindakan datuk kepada anaknya yang sangat tidak bertanggungjawab ini.

Apa yang lebih teruk lagi apabila ibu ini bertindak menampar muka bapa mertuanya beberapa kali kerana sangat kesal dengan perbuatannya.

Sebelum ini, ibu malang ini juga dilayan dengan sangat teruk oleh ahli keluarga suaminya kerana tidak boleh mengandung selama 3 tahun. Setelah beliau mendapat seorang anak lelaki, ini pula yang jadi.

Jika kita diletakkan di tempat dia, pasti sangat sedih kerana bukan mudah untuk kita mendapatkan zuriat.

Sepatutnya waktu atuk bayi ini mabuk, jangan memandai nak pegang bayi, kerana tindakan orang mabuk ini sangat di luar jangkaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...