“Nak Tunjuk ‘Body’ Ke Sebenarnya?” – Fezrul Khan Dikecam Muat Naik ‘Tutorial’ Pemakaian Ihram

Hiburan

“Nak Tunjuk ‘Body’ Ke Sebenarnya?” – Fezrul Khan Dikecam Muat Naik ‘Tutorial’ Pemakaian Ihram

Pelakon Fezrul Khan mencuri tumpuan warga maya apabila dia memuat naik video ‘kontroversi’ di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Malah, video itu mengundang banyak kecaman dalam kalangan warga maya gara-gara Fezrul didakwa ‘menayang’ badan ketika menunjukkan ‘tutorial’ memakai ihram.

Advertisement

POV : Bila kau nak pergi haji, kau masih lupa cara pakai ihram.

Dalam video itu, Fezrul dilihat menunjukkan cara memakai ihram dengan menampakkan separuh bahagian atas badannya sehingga bahagian pusat.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menganggap Fezrul seperti mempersendakan agama Islam dan ingin menunjuk-nunjuk badannya yang sasa.

Malah, netizen juga mengingatkan Fezrul bahawa aurat lelaki adalah dari pusat hingga bahagian lutut.

“Isi content dah bagus dah. Yang tak bagusnya nak tunjuk apa sebenarnya? Nak cerita pasal haji atau nak tayang body? Tak payah beria sangat tayang body abang” komen netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Halim Othman
2024-05-13 11:08:04

Halim Othman Beri Respon Isu Pendedahan Anak Luar Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram