“Nak Tonjol Sisi Nakal” – Iqbal Mohon Maaf Isu ‘Menetek’ Bayi Sambil Pakai Telekung

Hiburan

“Nak Tonjol Sisi Nakal” – Iqbal Mohon Maaf Isu ‘Menetek’ Bayi Sambil Pakai Telekung

Usahawan dan penyanyi yang pernah menjadi tular, Iqbal Zulkefli tampil memohon maaf gara-gara video miliknya menjadi buah mulut netizen baru-baru ini.

Dalam video tersebut, dia dilihat merakam dirinya sedang bertelekung dan berbaju dalam wanita sambil membuat aksi menyusukan bayi.

Advertisement

Kata Iqbal, dia tidak menyangka tindakannya itu mendapat kecaman luar biasa meskipun hanya berniat untuk bergurau.

Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial. Gurauan itu adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga.

Namun begitu, ujar Iqbal, penerimaan netizen di media sosial Instagram lebih negatif berbanding di TikTok.

Iqbal juga menafikan dia mempunyai niat untuk menghina golongan wanita mahupun menyerupai kaum itu.

Jauh sekali menghina. Tidak pun saya terfikir untuk menyerupai wanita. Apa pun saya minta maaf, tetap saya perlu hormati.

Tetap memilih untuk padam video tersebut. Sebolehnya, saya mahu tonjolkan sisi nakal dan lucu sebab saya penat jadi serius setiap waktu.

Terdahulu, Iqbal dikecam gara-gara menyerupai wanita dan membuat aksi menyusu anak angkatnya, Ziyad di Instagram.

Dia dilihat menarik Ziyad ke dada dan menulis kapsyen berbaur meluahkan hasrat untuk menjadi ibu susuan kepada si kecil itu.

2 years ago

Buat 'Content' Bertelekung Pakai Coli & 'Susukan' Anak, Iqbal Dikecam Persenda Agama & Wanita - "Buruknya Perangai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...